Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

Cuaca Panas: Kelas Tambahan...

KUALA LUMPUR - Sekolah yang ditutup akibat cuaca panas melampau, perlu mengadakan kelas...

RON95 RON97 Naik 7...

PUTRAJAYA - Harga runcit bagi minyak petrol RON95 naik sebanyak tujuh sen seliter...

Gempa Bumi 6.3 Skala...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda...

Bawa Balik Pelajar Perlu...

KUALA LUMPUR - Usaha kerajaan membawa balik pelajar Malaysia di Sana'a, Yaman bertepatan...

Witthoeft Temu Pilihan Utama Wozniachi Pada Suku Akhir

KUALA LUMPUR – Pemuda muda Carina Witthoeft dari Jerman dijangka menghadapi tugas getir apabila bertemu pilihan utama dan pemain nombor lima dunia, Caroline Wozniacki pada suku akhir Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia BMW 2015 di Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC) di sini.

Witthoeft, 20, yang kini menghuni ranking ke-81 dunia, melangkah ke suku akhir selepas mengejutkan pemain Republik Czech, Klara Koukalova 7-6 dan 6-0 dalam pertarungan selama 90 minit pada saingan perseorangan pusingan kedua hari ini.

“Saya tidak pernah bertemu dengan Woziacki atau mana-mana pemain dalam kelompok 10 terbaik dunia sebelum ini. Saya akan cuba memberi tekanan dan membuat pukulan agresif.

“Ini adalah strategi saya buat masa ini. Sekiranya saya tidak melakukannya, sudah pasti dia akan menewaskan saya. Harap saya dapat memperbaiki kemahiran saya apabila menentang pemain Denmark itu,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Wozniacki pula mengambil masa 75 minit untuk menempah slot suku akhir apabila mengalahkan pemain China, Wang Yafan dengan keputusan 6-4 dan 6-1.

Dalam perlawanan lain, bekas juara 2012, Hsieh Su-Wei dari Taiwan turut mara ke peringkat suku akhir selepas menyingkirkan pemain Jepun, Misa Eguchi dengan keputusan 6-3, 3-6 dan 6-0.


Hsieh, yang kini menduduki ranking ke-101 dunia, akan bertemu Elizaveta Kulichkova selepas pemain Rusia itu mengejutkan pemain Kazakhstan, Yulia Putintseva dengan keputusan 6-0 dan 6-2, Rabu lepas.

Dalam acara beregu, gandingan Ukraine, Yuliya Beygelzimer dan Olga Savchuk mengalahkan pasangan Poland, Magda Linette dan Katarzyna Piter dengan keputusan 6-3, 4-6, 10-5 pada perlawanan suku akhir.

Mereka akan berdepan dengan gandingan Darija Jurak dari Croatia dan Klara Koukalova dari Republic Czech dalam perlawanan separuh akhir, Sabtu ini.

KEPUTUSAN:
———-
Pusingan Kedua Perseorangan Wanita:
———————————–
Hsieh Su-Wei (TPE) mn Misa Eguchi (JPN) 6-3, 3-6, 6-0
Carina Witthoeft (GER) mn Klara Koukalova (CZE) 7-6 (3), 6-0
Caroline Wozniacki (DEN) mn Wang Yafan (CHN) 6-4, 6-1

Suku Akhir Beregu Wanita:
————————-
Yuliya Beygelzimer/Olga Savchuk (UKR) mn Magda Linette/Katarzyna Piter (POL) 6-3, 4-6, 10-5. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • tenis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori