Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

4 Mangsa Culik Dibebas...

TIADA wang tebusan yang dibayar kepada kumpulan militan Abu Sayyaf untuk pembebasan empat...

Gambar Budak Menetekkan Adiknya...

SEKEPING gambar yang menunjukkan seorang kanak-kanak berpura-pura menyusu badan pada adiknya telah mencetuskan...

Air Kelantan Buat Persediaan...

KUALA LUMPUR : Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) telah membuat persediaan awal bagi...

Dua Anggota Trafik Disiasat...

JOHOR BAHRU : Polis Johor sedang menjalankan siasatan ke atas dua orang anggota...

Wow! Heels Pintar Bolehkan Pemakai Tukar Tukar Corak

PERKEMBANGAN teknologi dari hari ke hari, menyaksikan beberapa syarikat menghasilkan rekaan ‘pintar’ kepada kasut dengan mengintegrasikan beberapa ciri-ciri menarik padanya.

Terkini, sebuah projek dimulakan di laman Indiegogo bagi mengumpul dana bagi merealisasikan kasut yang boleh diubah rekaannya.

Dinamakan sebagai Volvorii Timeless, ia menyertakan sebuah paparan berasaskan e-ink, bagi membolehkan pelbagai corak warna hitam putih digunakan dengan mengawalnya melalui sebuah aplikasi khusus.
kasut

kasut2

Inovasi terulung ini membolehkan pengguna memilih sendiri padanan dan  corak yang diingini.

Menerusi cara ini si pemakai hanya perlu menggunakan sepasang kasut tumit tinggi sahaja untuk tampil dengan aneka corak.


Volvorii Timeless menggunakan bateri dengan sokongan pengecasan tanpa wayar, selain turut dilengkapi modul Bluetooth LE untuk dihubungkan ke telefon pintar.

Bateri yang dicas penuh, dikatakan boleh digunakan antara 2 sampai 6 bulan lamanya.

Kasut ini hanya menyasarkan pengguna wanita buat masa ini dan harganya bermula dari USD149 (RM 552) di laman Indiegogo.

Sumber: Indiegogo

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori