Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bapa Rogol Sebab Anak...

SEORANG bapa durjana dijatuhi hukuman penjara selama 21 tahun oleh Mahkamah Warwick, United...

Tawaran Anwar, PAS Bincang...

PETALING JAYA – Pas akan berbincang dengan rakan-rakan komponen Perikatan Nasional (PN) dalam...

Warga 4 Briged Mekanize...

KUANTAN - Kesemua warga Markas 4 Briged (Mekanize) diseru supaya meningkatkan tahap kesiapsiagaan...

M40 Miliki 2 Kenderaan...

KUANTAN - Golongan berpendapatan dalam kategori M40 yang memiliki dua kenderaan masih layak...

Wozniacki Mara Ke Pusingan Kedua Terbuka Malaysia BMW 2015

KUALA LUMPUR – Pilihan utama Caroline Wozniacki melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia BMW 2015 selepas menumpaskan pemain China, Wang Yafan, di sini semalam.

Pemain Denmark itu mudah menjinakkan Wang 6-3 dan 6-1 pada perlawanan pusingan pertama perseorangan wanita di Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC).

Wozniacki selaku pemain nombor lima dunia akan berdepan seorang lagi pemain China, Zhu Lin yang menumpaskan pemain Ukraine, Yuliya Beygelzimer 6-4, 4-6 dan 6-3 pada perlawanan pusingan pertama hari ini.

“Saya belum pernah menentang Zhu Lin. Saya hanya berharap dapat melakukan yang terbaik untuk menang perlawanan seterusnya pada pusingan kedua. Cuaca di sini agak panas dan lembap.

“Saya perlu minum banyak air untuk memastikan saya mempunyai tenaga untuk mengalahkan lawan saya. Ini kemenangan pertama saya di Malaysia kerana sebelum ini, saya tewas dalam pusingan pertama,” kata Wozniacki kepada pemberita selepas perlawanan berkenaan.

Wozniacki telah merangkul empat gelaran perseorangan pada Sirkit Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF), 22 gelaran perseorangan dan dua gelaran beregu dalam Persatuan Tenis Wanita (WTA).

Pada perlawanan lain hari ini, pemain Taiwan selaku juara Terbuka Malaysia BMW 2012, Hsieh Su-Wei mara ke pusingan kedua selepas menundukkan pemain pilihan ketiga dari Australia, Casey Dellacqua 7-5, 2-6 dan 6-3.

Hsieh akan bertemu Misa Eguchi selepas pemain Jepun itu menumpaskan pemain Belgium, An-Sophie Mestach 2-6, 7-5 dan 6-3.

Terdahulu, cabaran Malaysia pada kejohanan itu berakhir selepas pasangan wildcard negara, Jawairiah Noordin dan Theiviya Selvarajoo tewas kepada Xinyun Han (China) dan Junri Namigata (Jepun) 6-2 dan 6-0.

Jawairiah-Theiviya bermula baik menentang lawan yang lebih berpengalaman itu, namun Namigata dan Han berjaya mengambil kesempatan daripada kekurangan pengalaman pasangan Malaysia itu untuk menang set pertama.


“Kami telah menampilkan persembahan yang baik apabila beraksi buat pertama kali sebagai pasangan beregu. Ia pengalaman yang menarik dan kami sudah mencuba yang terbaik ketika menentang lawan yang berada di ranking lebih tinggi dan telah lama bersama sebagai pasangan beregu berbanding kami.

“Kami perlu lebih banyak beraksi bersama dan lebih banyak berlatih serta berusaha keras untuk memperbaiki kedudukan kami sebagai pasangan beregu,” kata Theiviya.

Berikut adalah keputusan Terbuka Malaysia BMW 2015:

PERSEORANGAN WANITA (PUSINGAN PERTAMA)

Julia Goerges (GER) mn Alla Kudryavtseva (RUS) 6-1, 7-6(2)
Jarmila Gajdosova (AUS) mn Cagla Buyukakcay (TUR) 7-5, 6-4
Misa Eguchi (JPN) mn An-Sophie Mestach (BEL) 2-6, 7-5, 6-3
Hsieh Su-Wei (TPE) mn Casey Dellacqua (AUS) 7-5, 2-6, 6-3
Klara Koukalova (CZE) mn Patricia Mayr-Achleitner (AUT) 6-1, 6-3
Zhu Lin (CHN) mn Yuliya Beygelzimer (UKR) 6-4, 4-6, 6-3
Caroline Wozniacki (DEN) mn Wang Yafan (CHN) 6-3, 6-1
Carina Witthoeft (GER) mn Misaki Doi (JPN) 7-5, 7-5

BEREGU WANITA (PUSINGAN PERTAMA)

Chang Kai-Chen (TPE)/Zheng Saisai (CHN) mn Xu Yi-Fan (CHN)/Zhang Kai-Lin (CHN) 6-1, 6-4

Han Xinyun (CHN)/Junri Namigata (JPN) mn Jawairiah Noordin (MAS)/Theiviya Selvarajoo (MAS) 6-2, 6-0

Magda Linette (POL)/Katarzyna Piter (POL) mn Akgul Amanmuradova (UZB)/Tamarine Tanasugarn (THA) 7-5, 3-6, 10-5 – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • tenis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori