Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

F4 SEA Rancang Acara...

PETALING JAYA - Setelah melakar kejayaan pada dua musim sebelum ini, promoter kejuaraan...

Rafizi ‘Kantoi’ Congak Ikut...

KUALA KANGSAR - Bagi sesiapa tidak belajar ilmu bisnes, tentu 'terlopong' percaya tohmahan...

GAMBAR: Seorang Maut… Empat...

SEORANG lelaki maut dalam kemalangan selepas kereta Proton Iswara yang dipandunya bertembung dengan sebuah...

Simpan 34,700 Batang Rokok...

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga makanan ringan dipenjara tiga hari dan didenda RM29,000...

Zakia Ada Tugas Di Bukit Aman Sebelum Boleh Balik Rumah

KOTA KINABALU – Keluarga anggota polis marin, Zakia Aleip perlu menunggu untuk bertemunya di rumah kerana dia mesti menyudahkan beberapa perkara di Bukit Aman terlebih dahulu.

Sehingga kini hanya ibu bapa, isterinya Sharifah Erna Berson,24, anak lelakinya berusia setahun (Hisham) dan beberapa keluarga terdekat sahaja yang sempat berjumpa Zakia ketika dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada petang Sabtu lalu.

Zakia,27, diculik oleh kumpulan bersenjata ketika melakukan tugas rondaan di Pulau Mabul lapan bulan lalu, sebelum diselamatkan oleh pasukan keselamatan Malaysia di Indanan, Filipina pada Jumaat.

Abang sulungnya Zakriah berkata, dia berharap dapat bertemu dengan adiknya itu petang Sabtu lalu, namun kecewa apabila diberitahu Zakia tidak boleh pulang ke rumah kerana belum menerima ‘lampu hijau’ untuk berbuat demikian.

“Mereka memberitahu kami bahawa Zakia dibawa Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk beberapa ‘kerja rasmi’ sebelum boleh pulang ke rumah,” katanya.


Sementara itu, Sharifah berkata, walaupun belum berpeluang untuk berjumpa sepenuhnya, dia tetap gembira apabila melihat suaminya itu berada dalam keadaan sihat dan selamat pulang ke Sabah.

“Saya harap pihak polis dapat menyelesaikan apa sahaja dengan cepat agar dia boleh pulang ke rumah secepat mungkin,” ujarnya.

mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori