NAMPAKNYA pertambahan berat badan sebanyak sembilan kilogram yang dialami vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim merupakan satu perkembangan positif buat artis itu selepas dikaitkan dengan penyalahgunaan bahan terlarang.
BACA:  10 April Sebutan Semula Kes ZamaniÂÂÂ
Peguam yang mewakili Zamani, Ahmad Zaharil Muhaiyar, berkata, peningkatan tersebut merupakan satu perkara positif selepas penyanyi berusia 44 tahun itu menjalani proses pemulihan sejak Januari lalu.
“Alhamdulillah, dia menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dengan kenaikan berat badan sebanyak sembilan kilogram iaitu daripada 45 kilogram kepada 54 kilogram dalam masa sebulan di pusat pemulihan itu.
“Namun ia masih di peringkat awal pemulihan,, kami sedang berusaha untuk membantu dia untuk pulih sepenuhnya dan kembali kepada masyarakat dengan imej baru,” katanya kepada mStar Online.
Menurut peguam itu lagi, tanggungjawab yang digalasnya dilihat cukup berat memandangkan masyarakat tidak mahu melihat selebriti itu dihukum sebaliknya mahu melihat dia kembali pulih dan bebas daripada najis dadah.
“Tugas dan tanggungjawab saya lebih berat kerana masyarakat tidak mahu dia dihukum, sebaliknya masyarakat mahu melihat dia pulih seperti manusia normal lain. Oleh itu, apa yang penting adalah melihat peningkatan kesihatan dia supaya bebas terus dari najis dadah itu,” katanya.
Mahkamah Majistret Ampang telah menetapkan sebutan semula kes penyanyi yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang itu pada 10 April ini.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=tPKF-zlVlHI