Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Rebut Hadiah Menarik Peluang...

MENARIK... Selepas terima sambutan positif umat Islam di Wilayah Persekutuan, kempen berzakat selama...

Najib Beri Keterangan Di...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak hadir di Bukit Aman pagi ini...

Kedah Tak Lindungi Penerima...

JITRA - Kerajaan negeri Kedah memberi jaminan akan terus menyalurkan maklumat kepada Suruhanjaya...

Penuntut Politeknik Arau Maut...

NIBONG TEBAL - Seorang pelajar Politeknik di Arau, Perlis maut selepas motosikalnya dilapor...

Zayn Malik Tinggalkan One Direction, Mahu Jalani Hidup Biasa

INDUSTRI hiburan Hollywood digemparkan dengan berita Zayn Malik, anggota One Direction mengumumkan mahu meninggalkan kumpulan muzik kegilaan ramai itu.

Kenyataan pengunduran diri Zayn dibuat di laman sosial Facebook One Direction pada petang semalam.

“Kehidupan saya bersama One Direction adalah sesuatu yang lebih daripada saya jangkakan.

“Tapi selepas 5 tahun bersama, saya rasa ini adalah masa sesuai untuk saya mengundur diri. Saya ingin memohon maaf kepada peminat sekiranya telah mengecewakan mereka, namun saya harus ikut naluri hati saya sekarang.

“Saya undur diri kerana mahu jalani kehidupan normal seseorang yang berusia 22 tahun, yang mempunyai masa untuk berehat dan privasi daripada populariti,” kata Zayn.

Penyanyi kelahiran United Kingdom itu juga percaya rakan seperjuangannya Harry Styles, Niall Horan, Liam Payne dan Louis Tomlinson akan terus menerajui kumpulan itu dengan jaya walaupun tanpanya.

rs_560x415-140921080211-1024.One-Direction-iHeartRadio.jl.092114_copy

Mereka berempat juga, akan tetap meneruskan saki-baki konsert jelajah mereka dan akan mengeluarkan album kelima One Direction tanpa Zayn dalam tahun ini.

“Kami sangat sedih dengan pengunduran Zayn daripada kumpulan tetapi kami hormat keputusan yang dibuatnya, pengalaman bersamanya selama 5 tahun sememangnya satu yang luar biasa.


“Kami akan terus berkawan dengannya seperti biasa dan kami berempat akan terus berjuang untuk kumpulan ini,” jelas empat lagi ahli One Direction.

Pengasas atau orang yang bertanggungjawab menubuhkan kumpulan itu pada tahun 2010 menerusi program realiti X-Factor, Simon Cowell turut melahirkan rasa sedih dengan tindakan Zayn namun bangga dengan perubahan dan pencapaiannya selama ini.

Pengunduran Zayn daripada kumpulan itu berlaku kurang dari seminggu selepas kontroversi melanda dirinya yang didakwa berlaku curang terhadap tunangnya, Perri Edward semasa berada di Thailand baru-baru ini.

article-0-1A8435A000000578-422_634x414

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=44kPKT-Wyyw

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori