PELAKON dan pengacara popular, Zizan Razak menyatakan permohonan maaf secara terbuka kepada pengarah Mamat Khalid berikutan laporan media sebelum ini mendakwa pengarah tersohor itu terkilan dengan tindakan Zizan yang tidak hadir pada majlis tayangan perdana filem Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh, baru-baru ini.
Ditemui pihak media dalam majlis tayangan perdana filem Cicakman 3 semalam, Zizan berkata, “saya ingin membuat permohonan maaf sekali lagi kepada Mamat Khalid kerana tidak dapat hadir ke majlis tersebut.
“Saya tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu dan saya bukan sengaja untuk berbuat demikian kerana itu adalah tempat saya mencari rezeki.
“Lebih-lebih lagi apabila ia berkenaan dengan promosi filem lakonan saya. Usaha dan kerja keras saya selama ini takkan saya nak sia-siakan.
“Apa punca saya tidak hadir ke majlis itu biarlah hanya dia (Mamat Khalid) dan saya sahaja yang tahu,” katanya memetik Astro Gempak.
Dalam pada masa yang sama Zizan enggan mengulas mengenai kisah perhubungan cintanya dengan aktres Emma Maembong yang dikatakan sudah terputus di tengah jalan. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=r9NBN7GEC4M