Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

KPDNKK Perlu Kerjasama Media...

ALOR SETAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berharap dapat...

Netanyahu Angkuh, Anggap Israel...

TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu terus bersikap angkuh apabila menyatakan...

Harga Petrol RON97 Turun...

KUALA LUMPUR - Harga runcit RON97 turun lapan sen seliter kepada RM2.41 seliter...

1,600 Pemohon Di Sarawak...

KUCHING - Kementerian Dalam Negeri telah meluluskan permohonan daripada sekumpulan 1,600 orang di...

10 Pati Ditahan Di Rembau Dan Seremban

SEREMBAN – Jabatan Imigresen Negeri Sembilan memberkas 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Ikrar di sekitar Rembau dan di sini semalam.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen negeri, Mohd Nor Alfaiza Riza Ma’arof berkata dalam operasi 7 jam mulai pukul 4.30 petang itu, pihaknya telah memeriksa enam warganegara asing dan menahan empat lelaki warga Thailand di sini.

“Di Rembau pula kami memeriksa 29 warganegara asing dan menahan dua lelaki warga India dan empat lelaki warga Pakistan.

“Mereka yang ditahan berumur antara 17 dan 51 tahun. Kesemua warga asing yang ditahan itu disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963,” katanya di sini, hari ini.


Beliau yang mengetuai operasi itu dengan kekuatan 11 anggota berkata sebanyak lapan buah premis perniagaan diperiksa sekitar Rembau dan sebuah di sini.

Mohd Nor Alfaiza Riza berkata kesemua tahanan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Lenggeng untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori