Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Khairy Sah Akan Jumpa...

SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengesahkan akan mengadakan perjumpaan...

Bruce Willis Hidap Demensia

NEW YORK: Pelakon, Bruce Willis, 67, disahkan menghidap penyakit demensia atau kemerosotan fungsi...

Aidil, Safiq Umum Bersara...

JOHOR BAHRU - Kapten skuad Harimau Malaysia, Safiq Rahim dan pemain pertahanan negara,...

Jadi Pembangkang Atau Kerajaan...

PAS kini hanya ada dua pilihan, sama ada terus kekal menjadi pembangkang utama...

104 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Air Dari Nepal

PETALING JAYA – Sebanyak 104 rakyat Malaysia yang terkandas di Kathmandu, Nepal selamat tiba di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, dekat sini, 12.30 tengah malam tadi.

Kesemua mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Kathmandu, semalam (28 April) dengan menaiki pesawat C-130 milik TUDM.

Hadir menyambut ketibaan mereka adalah anggota keluarga dan sahabat handai yang mula berkumpul di pangkalan TUDM sejak petang semalam.

Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Nepal di kawasan antara ibu negaranya, Kathmandu dengan bandar Pokhara pada 2.56 petang (waktu Malaysia) pada Sabtu. Beberapa kejadian gempa susulan turut berlaku.


Setakat ini, tragedi gempa bumi paling buruk melanda Nepal dalam tempoh 81 tahun itu, dilaporkan telah mencatat kira-kira 5,000 kematian dan lebih 8,000 orang cedera. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori