Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Hujan Lebat Tidak Patah...

MELAKA – Lebih 100 peserta Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2018 yang...

Makanan Membazir Kurang Tanpa...

PUTRAJAYA - Ketiadaan bazar Ramadan pada tahun ini berikutan penularan wabak koronavirus (Covid-19)...

Gempa Bumi Sederhana Gegar...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter melanda utara Halmahera,...

Kini Masanya Fokus Bangunkan...

SEREMBAN - Kini adalah masanya bagi anggota-anggota UMNO memberi tumpuan kepada proses membangunkan...

113 Produk Kesihatan Tidak Berdaftar & Beracun Dirampas 2014

KUALA LUMPUR – Sebanyak 113 produk kesihatan bernilai RM2.48 juta dirampas tahun lepas kerana tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau produk bercampur racun.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata jumlah itu meningkat berbanding rampasan pada tahun sebelumnya yang hanya merekodkan 43 produk kesihatan bernilai RM1.81 juta.

“Pada tahun 2013 sebanyak 82 premis jualan langsung diperiksa di seluruh negara manakala 127 premis diperiksa pada tahun lepas.

“Untuk tempoh sama, 108 operasi serbuan dijalankan ke atas premis jualan langsung yang didapati melanggar akta yang dikuatkuasakan Bahagian Penguatkuasa Farmasi KKM,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman ingin tahu langkah kawal selia yang diambil terhadap syarikat Multi Level Marketing (MLM) yang menjual makanan suplemen dan ubat-ubatan yang boleh membahayakan kesihatan pengguna.

Dr Hilmi berkata Bahagian Penguatkuasa Farmasi KKM sentiasa melakukan aktiviti kawal selia ke atas semua premis yang menjual produk kesihatan termasuk syarikat MLM.


Beliau berkata pegawai penguat kuasa farmasi di seluruh negara secara berterusan menjalankan aktiviti seperti pemantauan pasaran, pemeriksaan rutin, pendakwaan, serbuan, rampasan dan tindakan penguatkuasaan lain ke atas premis yang didapati melanggar undang-undang.

Dr Hilmi berkata sepanjang 2012 sehingga tahun lepas, 194 kes melibatkan syarikat jualan langsung telah didakwa di mahkamah di bawah Akta Jualan Dadah 1952.

Beliau berkata syarikat jualan langsung yang melakukan kesalahan itu boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

“Individu yang melakukan kesalahan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya,” kata beliau. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori