Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Lebih 200 Banduan Merusuh...

LONDON - Polis Britain berusaha menyuraikan rusuhan di penjara membabitkan kira-kira 200 banduan...

Bakti Beri Sumbangan Kepada...

TUMPAT - Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti)...

Taufan Irma: Amerika Syarikat...

WASHINGTON - Dua hari sebelum taufan Irma kategori lima dijangka membadai, Pusat Taufan...

Imigresen Serbu Kuarters Pekerja...

JOHOR BAHRU - Seramai 120 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan selepas...

12 Rakyat Asing Ditahan Di Juru

BUKIT MERTAJAM – Sebanyak 12 rakyat asing ditahan dalam operasi bersepadu di kawasan flat di Taman Pelangi, Juru di sini tengah malam tadi.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang Abdul Rahman Hassan berkata mereka yang ditahan terdiri daripada tujuh warga Indonesia termasuk tiga wanita, empat lelaki warga Nepal dan seorang warga Bangladesh.

“Dua daripada rakyat Indonesia yang ditahan itu merupakan pemegang kad pengenalan merah tetapi siasatan awal mendapati kad berkenaan bukan milik mereka.

“Mungkin mereka mendapatkan kad itu dengan bayaran tertentu daripada pihak sindiket untuk digunakan. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Sebanyak 325 rakyat asing diperiksa dalam operasi dua jam bermula 11 malam itu melibatkan 109 anggota dan pegawai Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Rela, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Abdul Rahman berkata mereka yang berusia antara 20 dan 45 tahun itu dibawa ke Jabatan Imigresen di Seberang Jaya untuk didokumentasi sebelum dihantar ke Depoh Tahan Juru. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=gdYB1dT2zew

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori