Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bukti Lakonan Berjaya, Khiriah...

HANYA disebabkan satu watak antagonis yang dibawa oleh pelakon Noorkhiriah menerusi drama bersiri...

Gempa Magnitud 7.8 Landa...

SUVA - Satu gempa bumi berkekuatan magnitud 7.8 menggegarkan kawasan timur-tenggara Fiji di...

Nora Danish, Nedim Makan...

Sebut sahaja nama Nora Danish, pastinya peminat mengetahui hubungan mesranya bersama jejaka pilihan...

Insiden Penumpang Diheret ‘Dahsyat’...

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyifatkan insiden penumpang United Airlines dipaksa keluar...

128 Nelayan Lahad Datu Terima Elaun Sara Hidup

LAHAD DATU – Sebanyak 128 nelayan di sini, hari ini menerima elaun sara hidup daripada kerajaan bagi membantu meringankan beban dan meningkatkan taraf hidup mereka.

Elaun sara hidup bulanan antara RM200 hingga RM300 setiap seorang mengikut kategori itu disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Datuk Irmohizam Ibrahim selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-11 Persatuan Nelayan Lahad Datu.

Dalam ucapannya, Irmohizam berkata pemberian elaun berkenaan menunjukkan kerajaan senantiasa menjaga kebajikan serta prihatin terhadap pembangunan dan sosioekonomi golongan nelayan.

“Pemberian elaun secara berterusan ini bagi memastikan nelayan tidak terpinggir dan sentiasa terbela,” katanya.

Turut hadir anggota Parlimen Silam Datuk Nasrun Mansur.

Irmohizam juga mengingatkan golongan nelayan di kawasan itu agar memanfaatkan eluan itu untuk pembelian barangan keperluan harian.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2015 Oktober lepas telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM320 juta untuk tujuan pemberian elaun sara hidup nelayan manakala RM19 juta daripada jumlah itu diperuntukkan untuk nelayan di Sabah.

Dalam perkembangan lain, Irmohizam berkata penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) bukan semata-mata untuk memastikan kedaulatan dan keselamatan kawasan terbabit, malah pada masa yang sama membantu
meningkatkan produktiviti golongan nelayan.

Beliau berkata nelayan kini berasa selamat untuk turun ke laut dan perkembangan positif itu juga membantu meningkatkan sosioekonomi setempat.

ESSCom diwujudkan pada 1 April, 2013 selepas insiden pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Februari tahun sama. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori