Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bayi Cacat Pada Usia...

ZHUMADIAN - Sekumpulan doktor di China bertungkus-lumus menyelamatkan kaki seorang bayi berusia empat...

Produk Tenusu Keluaran Keningau...

KENINGAU - Konsul Jeneral China di Sabah Liang Caide H. E berkata, produk...

VIDEO: Elizabeth Tan Pelayan...

ANAK didik Faizal Tahir, Elizabeth Tan semakin membina nama apabila single pertamanya, Knock...

PKRC MAEPS Kini Dikenali...

SERDANG: Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS)...

15 Mei Dengar Permohonan Rafizi Rujuk 3 Soal Perlembagaan

SHAH ALAM – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 15 Mei ini untuk mendengar permohonan Setiausaha Agung PKR Mohd Rafizi Ramli untuk merujuk ke Mahkamah Tinggi tiga persoalan perlembagaan berhubung pertuduhan yang dihadapinya di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA).

Hakim Rozina Ayob menetapkan tarikh itu bagi memberi masa kepada pihak pendakwaan memfailkan afidavit jawapan terhadap permohonan itu terlebih dahulu.

Rozina sebelum itu menolak bantahan awal yang dikemukakan pihak pendakwaan terhadap permohonan Mohd Rafizi yang juga Anggota Parlimen Pandan.

Mohd Rafizi yang juga Naib Presiden PKR memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 30 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 bersama kerani bank, Johari Mohamad.

Antara persoalan perlembagaan yang ingin dirujuk Mohd Rafizi dan Johari ke Mahkamah Tinggi sama ada dakwaan terhadap mereka boleh diteruskan walaupun BAFIA telah dimansuhkan dan sama ada dakwaan di bawah BAFIA itu tidak berperlembagaan memandangkan unsur niat tidak dinyatakan sebagai elemen bagi kesalahan di bawah akta itu.

Mohd Rafizi, 38, mengaku tidak bersalah mendedahkan dokumen penyata baki akaun bank milik National Feedlot Corporation (NFC), National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan akaun bank Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail kepada perunding media Yusof Abdul Alim dan pemberita The Star Erle Martin Carvalho.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya, pada 7 Mac 2012.


Mohd Rafizi didakwa mengikut Seksyen 97(1) BAFIA yang boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Johari, 44, juga mengaku tidak bersalah bersubahat dengan Mohd Rafizi pada tarikh dan alamat yang sama. Beliau didakwa mengikut Seksyen 112(1)(c) BAFIA, dan boleh dihukum menurut Seksyen 103 akta sama.

Pada 10 Sept 2012, Mohd Rafizi memfailkan permohonan untuk mengetepikan pertuduhan berkenaan tetapi permohonannya ditolak Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Nov 2012.

Mahkamah Rayuan juga mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu selepas menolak rayuan Mohd Rafizi.

Pada 6 April lepas, Mahkamah Persekutuan membatalkan rayuan Mohd Rafizi bagi mengetepikan pertuduhan di bawah BAFIA berikutan mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes daripada Mahkamah Sesyen. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori