Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dakwaan Thailand, P.Pinang Hub...

KUALA LUMPUR - Dakwaan pihak berkuasa Thailand bahawa Pulau Pinang sebagai hab transit...

Proton Pertaruh Tiga Model...

SHAH ALAM - Proton Holdings Bhd, yang menyambut ulang tahun ke 30 hari...

Kematian Akibat Ebola Kini...

GENEVA - Hampir 7,000 orang maut akibat Ebola di barat Afrika, dengan laporan...

Warga Emas Maut Terjatuh...

GEORGETOWN - Seorang lelaki warga emas maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas ke...

Hans Isaac Akui Sedang Dilamun Cinta

SELEPAS gagal dalam beberapa siri percintaan termasuk bersama aktres jelita Erra Fazira dan Neelofa, akhirnya Hans Isaac membuka hatinya buat seseorang.

Setelah sekian lama berdiam diri, pelakon dan pengarah terkenal ini mengakui hatinya kini sudah dimiliki.

Bagaimanapun, pelakon Baik Punya Cilok ini lebih selesa untuk merahsiakan gerangan gadis yang berjaya mencuri hatinya kepada khalayak umum.

“Saya sudah berpunya cuma kali ini, saya ambil pendirian untuk merahsiakan siapakah wanita itu. Sebelum ini saya lebih terbuka untuk berkongsi kisah cinta tapi penyudahnya tidak mengembirakan.

“Jadi saya mohon bagilah ruang untuk saya dan si dia mengenali antara satu sama lain. Saya lebih selesa untuk merahsiakannya,” kata Hans.


Mengulas mengenai pertemuanya bersama Neelofa dalam rancangan Meletop baru-baru ini, aktor kacak itu menjelaskan mereka tiada masalah untuk berjumpa dan masih berkawan biasa.

“Sebenarnya saya dan Lofa tiada apa-apa masalah pun, saya berusaha mengawal pandangan mata dengan Lofa kerana tak mahu tergelak secara spontan, sebelum ini pun saya ada jumpa dia jadi tak mahulah ‘moments’ tersebut terbawa-bawa ke set.

“Sekali lagi saya tegaskan, saya dan Lofa tiada apa-apa isu berbangkit. Kami berkawan biasa kerana industri kita ini kecil sahaja, pusing-pusing pun akan ketemu jua, jadi bersikaplah positif untuk segala hal,” kata Hans.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori