Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Peniaga Online Jual Zakar...

NEW DELHI - Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa kerana menjual zakar biawak menerusi...

UMNO, BN Realiasasikan Kebangkitan...

PUTRAJAYA - UMNO dan Barisan Nasional telah berjaya merealisasikan kebangkitan bangsa Melayu yang...

RUU Akta Keterangan Saksi...

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi...

Chef Wan Kutuk Sikap...

CEF selebriti tanah air iaitu Chef Wan sememangnya dikenali sebagai seorang individu yang...

2 Juta Set Top Box Percuma Bagi Nikmati TV Digital

KUALA LUMPUR – Sejumlah dua juta set “top box” akan dibekalkan secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah bagi membolehkan mereka menikmati siaran televisyen (TV) digital apabila ia dilaksanakan kelak, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Selasa.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata set “top box” percuma itu akan diberi kepada mereka yang tersenarai sebagai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan program E-Kasih.

“Bagi tujuan pelaksanaan TV digital ini, kita sedia maklum bahawa siaran digital ini tidak boleh diterima televisyen biasa yang menggunakan sistem analog. Ramai masyarakat luar bandar tidak mempunyai sistem Astro, mereka perlu dibantu.

Baca : Dalam Senyap, RTM Bersedia Dengan 80 Saluran TV Percuma

Salah satu daripada syarat yang dipersetujui dengan pihak pembekal dan pelaksana perkhidmatan adalah menyediakan set ‘top box‘ secara percuma bagi membolehkan golongan ini turut menerima siaran TV digital,” katanya menjawab soalan Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (BN-Mersing).

Abd Latiff ingin tahu sama ada kerajaan menyediakan bantuan atau insentif bagi meringankan beban pengguna terutama penduduk miskin luar bandar bagi menikmati siaran TV digital yang akan dilaksanakan tahun ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori