Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Menteri Tidak Wajar Sebut...

TAMPIN - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof tidak wajar...

Maskot Sukan Asia Dikritik...

JAKARTA - Pereka animasi terkenal Indonesia, Andi Martin mengkritik maskot Sukan Asia 2018...

Usah Timbul Suasana Tak...

IPOH - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta semua...

DEB Tidak Mampan, Perlu...

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap dasar ekonomi melalui...

2 Lagi Pelajar Ditahan Kes Pukul Di Sekolah Agama Di Pendang

ALOR SETAR – Dua lagi pelajar tingkatan lima ditahan bagi membantu siasatan berhubung laporan kes pukul seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah agama di Pendang pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Pendang DSP Abdul Aziz Ahmad berkata dua pelajar terbabit tidak dapat ditahan sebelum ini kerana pulang ke rumah masing-masing di Sungai Petani selepas digantung daripada asrama sekolah.

“Kedua-dua pelajar itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang pada 5.15 petang semalam. Ia menjadikan keseluruhan pelajar yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes itu seramai 15 orang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Tambahnya, siasatan masih dijalankan ke atas semua pelajar itu dan keputusan sama ada mereka akan dibebaskan atas jaminan atau direman masih belum dapat ditentukan lagi.


Dalam kejadian Sabtu lepas, Muhammad Ammar Aqil Zainudin, 13, dari Taman Ria Mesra, Gurun mendakwa dia dipukul oleh kira-kira 30 pelajar senior di sekolah itu dari 12 tengah malam hingga 1.30 pagi di bilik asrama pelajar senior. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=zooQdeuyq6k

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori