Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Hafiz Hamidun Diserang Gara-Gara...

KHABARNYA pelantun lagu Janjiku, Hafiz Hamidun baru-baru ini diserang oleh suami orang menerusi...

21 Kes Baharu Covid-19,...

MALAYSIA mencatatkan 21 kes baharu positif Covid-19 sehingga jam 12 tengah hari ini...

Orang Islam Kaki Vape...

VAPE telah menjadi isu hangat sekali lagi apabila fatwa pengharaman rokok elektronik ini telah...

Mangsa Banjir P.Pinang Terus...

GEORGE TOWN - Sejumlah 1,987 mangsa daripada 486 keluarga masih ditempatkan di pusat...

2 Lagi Kakitangan Portal TMI Dibebaskan

KUALA LUMPUR – Dua petugas media yang ditahan Selasa bagi membantu siasatan berhubung laporan mendakwa Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, dibebaskan dengan jaminan polis pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad ketika dihubungi berkata kedua-dua mereka, berusia 47 dan 56 tahun, dibebaskan kira-kira 10.30 pagi ini.

Mereka ditahan 11 pagi semalam mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Lima orang iaitu empat pengarang portal berita dan seorang pengarah kumpulan media ditahan pada Isnin dan semalam bagi membantu siasatan laporan berita yang berkaitan Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu itu.


Sebelum ini, pada Isnin tiga kakitangan portal berita itu ditahan di pejabat mereka di Mutiara Damansara, Petaling Jaya berhubung laporan berita portal itu yang disiarkan baru-baru ini, dipercayai berbaur hasutan.

Mereka disiasat oleh Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ketiga-tiga individu itu kemudiannya dibebaskan 6.30 petang semalam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori