Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Wanita UMNO Sambut Baik...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Wanita UMNO menerima baik dan bersetuju dengan cadangan Majlis...

Peluang Bawa Pulang Sajat...

KUALA LUMPUR - Peluang untuk membawa pulang usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman...

Orang Asli Disaran Serius...

BERA - Orang Asli disaran menceburi bidang pertanian dan ternakan secara lebih serius...

Hanya 2 Kenderaan Disahkan...

IPOH : Hanya dua kenderaan disahkan terbabit, setakat ini, dalam insiden tanah runtuh...

20 Individu Protes Mahu Portal Malaysiakini Ditutup

MENDAKWA portal Malaysiakini banyak memutar belit berita, memecah belahkan rakyat Malaysia dan mengelirukan orang muda, seramai 20 individu berhimpun di hadapan pejabat sumber berita pro-pembangkang itu, menuntut ianya ditutup.

Menurut wakil dari Gabungan Melayu Bersatu Demi Islam, mereka memohon agar pihak berkuasa mengambil tindakan kepada portal berkenaan kerana suka ‘pusing cerita’.

Pengerusinya Ariffin Abu Bakar berkata, “Malaysiakini suka pusing cerita… Kita tidak mahu bila pusing cerita, boleh jadi perbalahan kaum… Kita suruh mereka jangan jadi organ politik.

ac1e403c158efade250fba9cab4d92b7

Justeru mereka meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap portal tersebut.

Memberi contoh isu GST, Ariffin berkata, artikel yang dimuatnaik portal berkenaan mengelirukan anak muda jadi mereka akan membuat laporan polis dalam masa terdekat.


Portal Malaysiakini sendiri dalam laporannya tentang protes ini memaklumkan, ia berlangsung kira-kira 10 minit. Antara sepanduk yang dibawa tertera tulisan ‘Malaysiakini Pencetus Perbalahan Kaum’ dan ‘Malaysiakini Stop Spinning’.

Mereka turut dilaporkan melaung ‘tutup Malaysiakini” ketika protes dijalankan.

– MYNEWSHUB.CC

Laporan Protes Supaya Portal Malaysiakini Ditutup

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori