Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Wanita Didakwa Menipu Untuk...

Kuantan : Seorang wanita tergamak menipu mengatakan dirinya adalah mangsa banjir bagi mendapatkan...

Mesyuarat Bincang Garis Panduan...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat bagi menangani isu cuaca panas dan kering berikutan fenomena...

Harith Iskander ‘Lelaki Busuk’...

Harith Iskander, Raja Komedi tanah air telah bekerjasama dengan Ambi Pur Malaysia untuk...

Tiga Peringatan Penting LHDNM

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menggariskan tiga perkara yang perlu diketahui bagi...

25 Pati Ditahan Dalam Ops 6P Di Seremban Dan Rantau

SEREMBAN – Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menahan 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops 6P di sekitar bandar ini dan pekan Rantau semalam.

Dalam operasi 24 jam mulai 3 petang itu, jabatan itu menahan lima lelaki dan lapan wanita warga Indonesia, tiga lelaki warga Bangladesh, dua lelaki warga India, dua lelaki warga Myanmar, seorang lelaki warga Nepal dan empat wanita warga Thailand yang berusia antara 27 dan 40 tahun.

Timbalan Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Imigresen negeri, Azil Ashazly Abdul Aziz berkata kesemua warga asing yang ditahan itu disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 56(1)(I), Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Per. 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Seramai 64 warga asing diperiksa dalam operasi itu yang turut disertai pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan,” katanya.


Katanya kesemua PATI yang ditahan itu dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Lenggeng untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata pihaknya akan terus melakukan operasi ini secara berterusan dan tidak berkompromi dengan mereka yang melanggar peraturan yang ditetapkan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori