Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Ada Pemimpin Pakatan Doakan...

KUALA LUMPUR - Dewan Ulama PAS mendedahkan ada pemimpin dalam pakatan rakyat seakan-akan...

Allepo Korban Kompromi Barat...

PADA 19 Julai 2012 pertempuran pertama meletus di Allepo antara Tentera Presiden Bashar...

Kerajaan Campuran Bukan Fokus...

PETALING JAYA - UMNO-PAS yang menandatangani Piagam Muafakat Nasional Sabtu lalu belum membincangkan...

SL1M Bawa Peluang Latihan,...

KUANTAN - Penganjuran Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) kelolaan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan...

295 Anggota Polis Dikerah Jamin Kelancaran PRK Rompin

KUANTAN – Polis Pahang akan mengerahkan 295 anggotanya bertugas semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin untuk memastikan segala urusan berjalan lancar, kata ketuanya Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani.

Beliau berkata semua persiapan selesai dibuat dan anggota terbabit akan ditempatkan di tiga zon iaitu Rompin, Muadzam Shah dan Pulau Tioman.

“Kami juga akan meminta bantuan tambahan daripada Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Pasukan Gerakan Am (PGA), polis marin dan unit antirusuhan untuk ditempatkan di tiga zon ini,” katanya.

Sharifuddin memberitahu demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini hari ini bersempena sambutan Hari Polis ke-208.

Sementara itu, Sharifuddin mengingatkan parti politik, termasuk pemimpin dan penyokong mereka supaya mematuhi arahan polis dan tidak mencetuskan kekacauan, terutama dalam tempoh berkempen.

“Semua pihak yang ingin mengadakan ceramah dinasihati memohon permit daripada polis.


“Kami tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang cuba menimbulkan kekacauan atau melakukan sabotaj ketika berkempen,” kata Sharifuddin dan menyuarakan harapan agar PRK itu berjalan lancar seperti pilihan raya sebelum ini.

PRK Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian penyandang kerusinya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April.

Jamaluddin menjadi Anggota Parlimen Rompin selama enam penggal iaitu sejak 1990. Pada pilihan raya umum 2013, beliau mengalahkan ketua Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 5 Mei sebagai hari mengundi dan 22 April sebagai hari penamaan calon.

– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori