Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jerebu Indonesia Pembunuh, Ragut...

JAKARTA - Bencana jerebu yang melanda Asia Tenggara tahun lalu menyebabkan lebih 100,000...

Peraduan Palsu Menang Emas...

NAMPAKNYA selepas isu peraduan palsu yang membolehkan orang ramai memenangi 15 buah motosikal...

‘Ulat Tiket’ Buat Rakyat...

SEMENJAK awal pagi tadi lagi ramai rakyat Malaysia berpusu-pusu membanjiri pekarangan Stadium Shah...

Video Lawak: Apabila Tok...

KEBIASAANNYA kita selalu melihat pengantin lelaki yang tersasul ketika menyebut akad lafaz nikah.Perkara...

3 Anggota Rela Dilucut Keanggotaan Salah Guna Senjata Api

KUALA TERENGGANU – Tiga anggota Rela di Terengganu dilucutkan keanggotaan mereka daripada pertubuhan itu kerana didapati bersalah menyalahgunakan senjata api.

Pengarah Rela Terengganu Nasharuddin Mat Nasir berkata tiga kes di dalam tempoh enam bulan itu melibatkan anggota Rela dari Hulu Terengganu, Dungun dan Kuala Terengganu di mana anggota Rela terbabit ditangkap kerana membawa keluar senjata api dari daerah berkenaan.

“Anggota Rela yang ingin membawa keluar senjata api dari daerah yang dibenarkan perlu membuat permohonan khas daripada pihak polis dan kegagalan berbuat demikian menyebabkan mereka ditahan atas sebab penyalahgunaan senjata api,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau diminta mengulas kematian seorang anggota Rela akibat terkena tembakan di bahagian dada dan tangannya ketika sedang berburu bersama dua rakannya di Hutan Kacong, Lata Tembakah di Hulu Besut tengah malam kelmarin.


Insiden itu yang menyebabkan kematian Shamsuddin Derahim, 56, dari Kampung Cawangan, Hulu Besut turut menyebabkan seorang lagi rakannya yang berumur 47 tahun cedera ringan dipercayai terkena serpihan peluru.

Setakat ini, Rela Terengganu mempunyai 210,000 anggota dan daripada jumlah itu lebih 1,000 daripadanya boleh memiliki senjata api tersebut atas faktor keselamatan setempat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori