Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

KFA Putus Tidak Lagi...

ALOR SETAR – Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) memutuskan tidak lagi menggunakan khidmat Liridon...

2 Keping Gambar Berjaya...

HANYA dua keping gambar dan ia berjaya mempopularkan seorang pelajar universiti, Anok Yai...

Guru Mati Ditumbuk Pelajar...

JAKARTA - Seorang guru sekolah menengah di Torjun, Madura, Jawa Timur, meninggal dunia...

Kandungan Sudah Enam Bulan,...

SEJAK mengumumkan berita gembira bahawa dia dan suami sedang menunggu 'ketibaan' cahaya mata...

30% Atlet Ke Sukan SEA Sudah Jalani Ujian Doping

PUTRAJAYA – Hampir 30 peratus daripada keseluruhan 653 atlet negara sudah menjalani ujian doping sebelum beraksi di Sukan SEA 2015 di Singapura, Jun ini.

Ketua kontinjen negara, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata beliau menjangka semua atlet terbabit selesai menjalani ujian itu selewatnya lewatnya pada akhir Mei.

“Saya percaya kita boleh lakukan (selesaikan ujian doping) dan kita akan lakukan dengan lebih agresif lagi supaya tidak ada atlet yang terlepas pandang daripada menjalani ujian doping.

“Secara amnya, ini adalah tanggungjawab bersama Adamas (Agensi Anti Doping Malaysia), mereka diberi jadual untuk maklumkan kita mengenai proses tersebut,” katanya selepas menghadiri perasmian Persidangan Antarabangsa Perubatan Sukan dan Sains Sukan ke-6.


Persidangan dari Isnin hingga Khamis itu dirasmikan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin malam tadi.

Selain atlet, kontinjen negara turut disertai 223 pegawai di temasya sukan itu dari 6 hingga 16 Jun. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori