Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Subsidi Diteruskan Biarpun Kos...

PUTRAJAYA : Kerajaan memberi jaminan pemberian subsidi kepada jemaah akan diteruskan biarpun kos...

MCPF Cadang Wujud Pusat...

KUALA LUMPUR - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) akan mencadangkan kepada Agensi Anti...

Kebenaran Ambil Amah Elak...

KUANTAN - Kebenaran kepada majikan untuk mengambil pembantu rumah secara terus tanpa melalui...

Gunung Berapi New Zealand...

SEKURANG-KURANGNYA 20 orang dikhuatiri cedera apabila gunung berapi White Island di New Zealand...

4 Anggota Sindiket Dadah Ditahan Di Nibong Tebal

NIBONG TEBAL – Empat termasuk seorang wanita dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah ditahan dan polis merampas heroin serta syabu dalam serbuan di sebuah hotel murah di Taman Simpang Ampat, di sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Wan Hassan Wan Ahmad berkata kesemua yang ditahan dalam serbuan pada 2 pagi itu berusia antara 23 hinggs 34 tahun.

“Bilik hotel yang diserbu itu dijadikan tempat operasi sindiket berkenaan membungkus dan mengedar dadah. Kami menemui beberapa paket dadah heroin dan syabu serta peralatan menghisap dadah.

“Selain itu, polis turut merampas enam bilah pisau, tiga topi keledar, 11 telefon bimbit, sebuah motosikal, tiga beg galas, dua utas jam tangan dan wang tunai RM2,024. Nilai keseluruhan rampasan ialah RM20,000,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati sindiket itu menyewa bilik hotel itu seminggu lepas sebagai tempat untuk membungkus dadah sebelum diedar kepada pelanggan di sekitar Nibong Tebal, Parit Buntar, Perak dan Bandar Baharu, Kedah.

Wan Hassan berkata ujian air kencing mendapati empat individu termasuk sepasang kekasih itu positif dadah dan mereka juga dipercayai terlibat dalam kegiatan samun, curi dan pecah rumah.


Sementara itu, dalam perkembangan lain beliau berkata polis menahan sembilan lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian samun sebuah kilang memproses kelapa sawit di Sungai Jawi, di sini 24 Feb lepas.

Beliau berkata kesemua mereka berusia 22 hingga 44 tahun itu ditahan di sekitar Taiping, Perak dan Pulau Pinang Ahad lepas dan polis turut merampas beberapa senjata antaranya parang, kapak dan pisau serta menemui semula pelbagai barangan curi seperti beg dan telefon bimbit.

Polis sedang mengesan dua lagi lelaki termasuk seorang rakyat Bangladesh yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu bagi membantu siasatan, katanya.

Dalam kejadian itu, sekumpulan lelaki bersenjatakan parang bertindak mengikat tangan serta kaki pekerja kilang berkenaan sebelum melarikan peti besi mengandungi geran tanah, pasport pekerja dan wang tunai RM10,000. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori