Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Golf Amal Kutip RM30,000...

KOTA KINABALU - Kelab Kebajikan dan Rekreasi Kerajaan Tempatan dan Perumahan berjaya mengutip...

Demonstrasi Tuntut Singkir Presiden

SEOUL - Ratusan ribu penunjuk perasaan berhimpun di bandar raya ini semalam, Sabtu...

Ultra Kiasu Guna Strategi...

Penceramah sensasi, Profesor Dr Ridhuan Tee Abdullah sekali lagi membuat kenyataan panas apabila...

Tahanan Dijumpai Tergantung Di...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga tempatan yang ditahan atas tuduhan membunuh dua...

40 Kes Bunuh Diri Di Hospital Kerajaan Sejak 2012

KUALA LUMPUR – Terdapat sebanyak 40 kes bunuh diri dilaporkan berlaku di hospital milik Kementerian Kesihatan dari tahun 2012 hingga 2014.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan menghasilkan Garis Panduan Pengurusan Risiko Bunuh Diri Di Hospital sebagai inisiatif menangani isu itu.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan media memberitahu, kerajaan memandang serius gejala bunuh diri itu walaupun bilangannya kecil berbanding mereka yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

“Kementerian Kesihatan turut menjadikan Sistem Pelaporan Insiden lebih efisien dengan mewujudkan sistem dalam talian yang dipanggil “e-IR” atau Sistem Online Pelaporan Insiden.


“Sistem ini penting untuk memantau insiden yang berlaku, belajar dari insiden tersebut dan seterusnya mengambil tindakan penambahbaikan supaya insiden serupa tidak berulang,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, garis panduan dan “e-IR” tersebut telah dilancarkan semasa “Seminar Keselamatan Pesakit Mengenai Pengurusan Risiko Bunuh Diri Di Hospital” pada 30 Mac lalu. – mynewshub.cc

https://www.youtube.com/watch?v=3WdByVyNIuM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori