Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Platform Terbaik Bersemuka Dengan...

KUALA NERUS - Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Puad Zarkashi menyifatkan kesediaan Pengerusi Pakatan...

Ernie Zakri Doa Yang...

KES yang menimpa keluarga kepada penyanyi bernada tinggi, Ziana Zain turut mendapat simpati...

Mayat Ditemui Dalam Lubang...

PENAMPANG - Misteri bau busuk di sebuah bangunan yang dalam pembinaan di Towering,...

Ketagih Cantik, Wajah Pemilik...

Memegang takhta sebagai pemilik kepada salah satu jenama pakaian mewah nombor satu dunia,...

4,000 Anggota Kastam, KPDNKK Turun Padang

PUTRAJAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggerakkan operasi turun padang dengan pengemblengan 4,000 anggota mulai hari ini sehingga 15 April bagi memantau pelaksanaan GST di seluruh negara.

Turut serta dalam operasi turun padang hari ini di sekitar Puchong dekat sini ialah Pengarah Bahagian GST Kastam Datuk Subromaniam Tholasy yang melakukan tinjauan di premis perniagaan berdaftar GST seperti kedai makan, farmasi, kedai pakaian dan kedai gajet.

Dalam operasi kira-kira sejam itu, Subromaniam melihat resit yang dikeluarkan premis-premis perniagaan tersebut dan menemu bual pengurus premis serta bertanyakan perkembangan pelaksanaan sistem percukaian itu.

Hasil pemantauan tersebut, beliau merumuskan bahawa rata-rata peniaga faham kaedah pelaksanaan GST.

“Peniaga memberitahu setakat ini tidak kecoh dan pelanggan membayar harga yang sepatutnya,” katanya kepada pemberita yang turut serta dalam operasi itu membabitkan kira-kira 20 anggota Kastam dan KPDNKK.

Subromaniam berkata operasi turun padang itu adalah untuk memantau pematuhan GST dan pencatutan bagi memastikan peniaga yang berdaftar mematuhi peraturan ditetapkan terutama dari segi pengeluaran resit.

“Operasi akan turut memantau trend harga barangan sama ada berlaku kenaikan mendadak dan memberi nasihat kepada peniaga selain mendapatkan maklum balas pelanggan,” katanya.

Katanya maklum balas yang diterimanya mendapati antara 80 hingga 90 peratus peniaga yang berdaftar untuk GST mematuhi pelaksanaan sistem percukaian sebanyak enam peratus itu yang menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) berjumlah keseluruhan 16 peratus.

Subromaniam berkata, peniaga yang berdaftar tetapi gagal mengaktif sistem GST pada hari pertama akan diberi notis amaran dan jika masih gagal dilaksanakan esok, akan dikenakan tindakan tegas.

“Ada beberapa peniaga yang belum aktifkan sistem GST tetapi sebahagiannya ada alasan yang munasabah kerana mereka memerlukan beberapa jam untuk aktifkan,” katanya.


Beliau turut memberi amaran kepada peniaga yang tidak berdaftar tetapi mengambil kesempatan mengenakan GST kepada pelanggan, akan dikenakan tindakan tegas termasuk didakwa di mahkamah.

“Kami memang sedia maklum akan ada peniaga yang ambil kesempatan. Jadi kami merayu kepada pengguna apabila mendapat resit, cuba semak nombor pendaftaran GST 12 digit dan semak dalam sistem kami sama ada syarikat itu berdaftar atau tidak dan kami akan ambil tindakan sekiranya mereka mengambil kesempatan,” jelasnya.

Katanya, Kastam menyediakan talian hotline iaitu 1 300 888 500 bagi memudahkan orang ramai bertanyakan setiap persoalan berhubung GST serta aduan sekiranya ada pihak yang tidak patuh dengan peraturan sistem cukai berkenaan.

Sementara itu, peniaga agak terkejut dengan tinjauan Kastam dan KPDNKK itu dan ada yang masih dalam peringkat menyelesaikan proses meletakkan tanda harga berdasarkan sistem GST.

Pengurus Farmasi Caring, Khor Meng Chin, 34, berkata sistem GST telah diaktifkan sejak operasi kedai bermula jam 10 pagi ini dan setakat ini tiada rungutan daripada pelanggan.

“Buat masa ini proses meletakkan tanda harga baharu masih berjalan dan dijangka selesai esok kerana kedai kami agak besar, jika kedai kecil mungkin boleh disiapkan dalam masa sehari,” katanya kepada Bernama.

Pengurus EpiCentre, Abu Bakar Al Siddiq Abdul Salam, 27, pula berkata kedai menjual barangan komputer dan gajet Apple itu telah mengaktifkan sistem GST tetapi terpaksa ditutup sementara sehingga tengah hari bagi menyelesaikan proses eletakkan tanda harga.

“Kami tidak boleh meletakkan tanda harga baharu dengan GST sehingga kedai tutup semalam, jadi kami terpaksa menghentikan operasi sementara pagi ini bagi mengelakkan pelanggan keliru,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori