JAKARTA – Ketika pemimpin pembangkang Malaysia, Rafizi Ramli kecoh fitnah kerajaan kononnya beli 6 buah BMW padahal kereta mewah tersebut sumbangan tajaan firma Jerman itu untuk Sidang Kemuncak ASEAN, lain cerita di Indonesia!
Tokoh-tokoh pembangkang republik itu lebih bersikap patriotik dan berbesar hati apabila pengeluar kereta mewah Jerman, Mercedes-Benz menyediakan 42 buah model E 400 AMG yang baharu dikeluarkan terus dari kilangnya di Jawa Barat.
Ia disahkan Timbalan Pengarah Komunkasi Korporat PT Merdedes-Benz Indonesia, Elvera N. Makki yang menjelaskan, mereka menaja kereta terbabit untuk kegunaan 42 pemimpin asing Sidang Kemuncak Asia-Afrika minggu depan.
Baca : BMW Cantas Dakwaan Rafizi, Kereta Ditaja Untuk Majlis Rasmi
“Kami berbangga dapat meminjamkan model terbaharu ini kepada pemerintah Indonesia demi menjayakan persidangan antarabangsa itu yang akan berlangsung di Jakarta dan Bandung mulai 19 sehingga 24 April ini,” kata beliau lagi.
Para pemimpin pembangkang Indonesia dilaporkan teruja dengan perkembangan itu, sekali gus pihak berkuasa republik tersebut dapat jimat 1.3 bilion rupiah (RM360,000) seunit atau nilai keseluruhan 53.3 bilion rupiah (RM14.9 juta).
Kesemua versi terbaharu kereta buatan Jerman itu masih berstatus off-the-road atau belum lagi digunakan dan berkeadaan baik kerana dihasilkan kilang pemasangan tempatan PT Mercedes-Benz Indonesia di Wanaherang, Bogor.
Seperti juga Malaysia, 42 buah kereta berteknologi tinggi tersebut; lengkap dengan sistem hiburan dalaman dan tahap keselamatan terbaik, akan dilelong kepada orang awam selepas tamat persidangan terbesar berkenaan. – Agensi/A.AMREE