Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Kantoi Pakai Seluar Pendek...

JIKA sebelum ini profesor British, Profesor Robert Kelly diganggu anaknya ketika sedang ditemuramah...

PN Mahu Jaminan Jadi...

Perikatan Nasional (PN) mendakwa parti-parti politik yang sanggup 'bergabung' mungkin menang Pilihan Raya...

Lemas Ketika Menyauk Udang...

JOHOR BAHRU - Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika menyauk udang di...

9 Warga Asing Ditahan...

PORT DICKSON - Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menahan sembilan lelaki pendatang asing dalam...

5 Bulan Terlantar Sakit Lyme, Avril Lavigne Rasa Nak Mati

NEW YORK – Penyanyi rock, Avril Lavigne memberitahu dia sudah terlantar selama lima bulan menderita penyakit Lyme dan berasa seperti sudah hampir mati.

Penyanyi dan pemain gitar kelahiran Kanada berusia 30-tahun itu mengesahkan laporan dalam media sosial sebelum ini mengenai penyakitnya tetapi menjelaskan dia kini berasa semakin sihat sesudah lama menyepi daripada penampilan di khalayak ramai.

“Rasa seperti sukar bernafas, sukar bercakap dan bergerak,” kata Lavigne kepada majalah selebriti AS, People yang disiarkan semalam.

“Ingatkan saya sudah hendak mati,” katanya.

Mengikut Lavigne, dia terlantar di katil selama lima bulan selepas disahkan menghidap Lyme, penyakit yang biasanya merebak disebabkan gigitan sejenis kutu.

“Adakalanya saya tak boleh mandi selama seminggu kerana tak boleh berdiri.. rasa seperti banyak benda yang menyedut keluar hidup ini,” katanya yang mengakui kini sudah 80 peratus pulih kerana dijaga baik ibunya di Ontario serta suaminya, Chad Kroeger, penyanyi kumpulan Nickelback.


Setiap tahun, dianggarkan lebih 300,000 orang warga Amerika disahkan menghidap penyakit Lyme, mengikut Pusat Kawalan Penyakit manakala sejumlah kecil kes turut direkodkan di Eropah.

Penyelidikan terkini menunjukkan penyakit Lyme semakin merebak terutama di Kanada kerana perubahan cuaca menyebabkan kawasan yang menjadi tapak pembiakan kutu semakin meluas.

Lavigne adalah antara artis yang mencipta kejutan di peringkat global apabila 2002 ketika masih remaja, muncul menerusi album Let Go – irama pop lunak yang diadun dengan pengaruh grunge.

Penyanyi ini yang turut memiliki kerakyatan Perancis, tidak mengeluarkan album sejak 2013 tetapi memberitahu ada menulis lagu untuk Olimpik Khas di Los Angeles pada Julai ini. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori