Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Usul Mahathir Burukkan Perpecahan...

KUALA LUMPUR - Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakan usul undi tidak percaya...

Curi Beg Sandang, Juruteknik...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencuri sebuah beg sandang di pasar raya, seorang juruteknik...

2 Rakyat Asing Maut...

JOHOR BAHARU - Dua pekerja binaan warga India dan Bangladesh maut apabila kereta...

15 Kawasan Di K.Langat,...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 15 kawasan di Kuala Langat dan Sepang kini mengalami...

5 Motosikal Disita Dalam Ops Roda Di Senawang Malam Tadi

SEREMBAN – Sebanyak 106 saman dikeluarkan dan lima motosikal disita kerana tidak mematuhi undang-undang jalan raya dalam Ops Roda di Jalan Persiaran Senawang 1 berhampiran Taman Lily dan Jalan Persiaran Senawang 2 dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan DCP Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata operasi dari 11 malam tadi hingga 1 pagi ini membabitkan 12 pegawai dan 72 anggota Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah dan Sukarelawan Polis (PVR).

“Antara kesalahan yang dilakukan termasuk tiada lesen memandu, lesen tamat tempoh, tiada cukai jalan, tidak memakai topi keledar serta mengubah suai kenderaan tanpa kebenaran dan tidak mengikut spesifikasi.

“Kita turut menahan dua lelaki dan dua wanita berumur 22 hingga 34 tahan yang didapati positif dadah melalui ujian air kencing,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu.


Jaafar berkata sepanjang operasi itu, sebanyak 315 motosikal dan 24 kereta diperiksa.

Katanya operasi itu bertujuan untuk memastikan semua pengguna dan penunggang motosikal mematuhi undang-undang jalan raya serta menentukan motosikal mengikut spesifikasi kenderaan bermotor bagi menurunkan kadar kemalangan maut, kematian dan kemalangan biasa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori