Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Teruja Kemungkinan ‘Shinkansen’ Beroperasi

KUALA LUMPUR - Kemungkinan sistem kereta api laju terkemuka Jepun, Shinkansen, dilaksanakan di...

PKR Patut Malu Saifuddin...

KUALA LUMPUR - DAP berjaya mendapatkan Datuk Saifuddin Nasution Ismail selaku Penasihat Strategik...

Korea Selatan Berkabung: Acara...

SEOUL: Kebanyakan acara dan perarakan sambutan Halloween serta persembahan bintang K-pop dibatalkan ketika...

Kedah Bentang Bajet 2018...

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah hari ini membentangkan Bajet 2018 berjumlah RM1.38...

50 Anak Autisme Jalani Pemuihan Di Carakerja HDOK

SANDAKAN – Seramai 50 anak istimewa autisme menerima rawatan pemulihan di Unit Pemulihan Carakerja Hospital Duchess of Kent Sandakan (HDOK).

Ketua unit itu Norashima Ibrahim berkata mereka, yang berusia empat hingga 15 tahun dari daerah ini serta Tongod dan Beluran, menerima rawatan pemulihan antara 15 minit hingga sejam di unit itu.

“Unit ini mempunyai peralatan yang lengkap…diharapkan lebih ramai anak autisme dapat menjalani rawatan pemulihan di sini,” katanya pada pelancaran Bulan Kesedaran Autisme yang dirasmikan Pengarah HDOK Francis Paul di sini, hari ini.

Norashima berkata masyarakat perlu memiliki tahap kesedaran yang tinggi terhadap anak autisme dan memahami keperluan berkaitan yang perlu dikuasai oleh mereka.


Francis pula berkata anak autisme bukan sahaja memerlukan pendidikan akademik malah pendidikan kemahiran berkomunikasi, bersosial dan mengurus diri dengan cara yang sepatutnya.

“Ia keperluan yang perlu digilap kerana penyakit autisme menyukarkan mereka untuk berkomunikasi, berinteraksi secara sosial dan menjalani kehidupan mereka,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori