Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Lima Juta Pelancong Dijangka...

ARAU - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan...

Jemaah Haji Bebas Penyakit...

MINA - Menteri Kesihatan Arab Saudi, Tawfiq al-Rabiah berkata tiada tanda-tanda sebarang penularan...

Ibu Elfira Terus Sindir...

MAKIN panas, bukan panas cuaca tapi panas dengan kontroversi apabila ibu Elfira Loy...

Aliff Lebih Banyak Luang...

KUALA LUMPUR : Aliff Aziz mengaku lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga di...

50 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Semporna

SEMPORNA – Lima puluh buah rumah musnah dalam kebakaran di Kg Bangau-Bangau, sebuah perkampungan atas air, di Semporna awal hari ini, insiden kedua dalam masa 11 hari.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna Fazizul Izam Borhan berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 1.47 pagi sebelum sebuah jentera berserta sembilan anggota digegaskan ke lokasi kejadian.

“Kami juga mendapat bantuan lima anggota bomba dari Kunak serta lima orang anggota bomba sukarela,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya agensi yang turut membantu dalam operasi memadamkan kebakaran termasuk polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk setempat.

Fazizul berkata kebakaran dapat dikawal daripada merebak ke kawasan lain pada pukul 3.33 pagi dan api padam sepenuhnya pada pukul 5.55 pagi.


Katanya tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu manakala punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Pada 25 Mac lalu, kebakaran di kawasan perkampungan yang sama memusnahkan 233 buah rumah.

Hari ini, Jabatan Perpaduan Negara dan Integerasi Nasional Tawau akan menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di kampung berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori