Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

DAP Pujuk PAS Terus...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP memujuk parti PAS dan Parti...

Pelakon Lucah ‘Foursome In...

SEORANG gadis yang dikenali dengan nama 'Sherry Gun’ telah dipenjarakan selama empat tahun...

Haziq Tergolong Dalam Mati...

KEMATIAN Allahyarham Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang menjadi mangsa tembakan rambang ketika...

100 Pemain Tempatan Dalam...

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Gavin Kyle Green adalah antara 100 pemain tempatan yang akan beraksi pada...

6,577 Penerima BR1M Buat Penunaian Lebih Skali

KUALA LUMPUR – Seramai 6,577 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun 2012, 2013 dan 2014 membuat penunaian lebih sekali membabitkan RM3.34 juta.

Sehingga 31 Dis 2014, seramai 4,806 penerima yang membuat penunaian lebih daripada sekali, masih belum membuat bayaran balik kepada Kementerian Kewangan Malaysia, demikian menurut Laporan Audit Negara Tahun 2014 Siri 1.

Sejumlah RM2.09 bilion diagihkan kepada 4.2 juta orang penerima BR1M pada 2012, RM2.83 bilion kepada 6.8 juta penerima BR1M 2013 dan RM3.64 bilion lagi kepada 7.0 juta penerima BR1M 2014.

Laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini turut menyatakan Kementerian Kewangan Malaysia mengeluarkan surat peringatan kepada sebilangan kecil individu yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Tindakan menyenaraihitamkan nama penerima tersebut akan diambil sekiranya masih tidak mengembalikan lebihan berkenaan.

Selain itu, pengagihan bagi Fasa 2 BR1M 2014 tidak lagi menggunakan baucar, sebaliknya menggunakan surat kelulusan berserta slip akuan penerimaan yang mengandungi ciri keselamatan ‘anti-penyalinan’.


Laporan itu juga mengesyorkan Kementerian Kewangan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri meningkatkan kesedaran penerima BR1M agar membuka akaun bank.

Kedua-dua pihak juga diminta memperkemas Prosedur Operasi Standard (SoP) yang disediakan, dan menggunakan surat kelulusan BR1M bagi mengelak berulangnya kes penunaian BR1M lebih daripada sekali.

Secara keseluruhannya, pengauditan yang dijalankan mendapati pengurusan program BR1M memuaskan bagi BR1M 2012 dan 2013, manakala bagi BR1M 2014 pula berprestasi baik.

Berdasarkan laporan itu, kadar penunaian lebih daripada sekali semakin berkurangan hasil penambahbaikan yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan. – BERNAMA

https://youtu.be/AarL8qYguOY

  • Lagi berita berkaitan:
  • BR1M

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori