Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Comel! ‘Biskut Alien Viral’...

MENJELANG musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi, orang ramai pasti sudah...

Jurutera Bersalah Terima 16...

KOTA BHARU - Seorang jurutera Tenaga Nasional Berhad (TNB) dijatuhi hukuman penjara enam...

Isu Kapal LCS: Polis...

KUALA LUMPUR: Polis akan merakam percakapan Timbalan Presiden PKR,Ikuti Mynewshub: TelegramRafizi Ramli minggu depan...

Puteri UMNO Minta Rakyat...

PEKAN – Puteri UMNO meminta rakyat menolak budaya politik berasaskan fitnah yang dimainkan...

7-Eleven Akur Tidak Jual Arak Di Indonesia

JAKARTA – Ketika pasar mini serbaneka 7-Eleven di Malaysia bebas menjual arak, lain pula halnya premis jenama yang sama di negara jiran, Indonesia akur dengan arahan larangan oleh pemerintah republik itu berkuat kuasa hari ini.

Perkara tersebut disahkan jurucakap komunikasi korporat 7-Eleven Indonesia, Neneng Sri Mulyati yang memberi jaminan bahawa rangkaian kedai runcit 24 jam popular itu tidak lagi menjual minuman beralkohol di seluruh Indonesia.

“Kami buat koordinasi dengan semua pengurusan 7-Eleven,” katanya sebagai mengesahkan pematuhan PT Modern Putraindonesia, pemegang francais kedai itu di Indonesia yang juga pengedar produk fotografi terkenal Fujifilm dari Jepun.

Baca : Selepas Singapura, Indonesia Larang Kedai Jual Arak

Di Indonesia, 7-Eleven dikenali sebagai Sevel mula memasuki pasaran republik itu pada 2009 dan sehingga akhir tahun lalu, ia ada 190 cawangan termasuk di Bandung, Semarang, Medan, Surabaya, Palembang, Balikpapan dan Makassar.

Kementerian Perdagangan Indonesia pada 16 Januari lalu mengeluarkan makluman larangan penjualan segala jenis minuman keras secara komersial berkuat kuasa 16 April ini menerusi pekeliling Peraturan No.06/M-DAG/PER/1/2015.

Tinjauan media tempatan mendapati, kesemua 172 premis Sevel di ibu kota Jakarta termasuk di kawasan banyak disko, kelab malam dan karaoke; tiada lagi memperagakan segala produk beralkohol di rak jualan selain peti sejuk minuman.

“Sejak minggu lepas, kami sudah habis jual semua baki stok terakhir arak bagi memastikan tiada lagi produk minuman keras untuk dijual bermula hari ini,” kata Rany, seorang penyelia Sevel di Jalan Pesanggrahan Raya, Jakarta Barat.


Kedai 7-Eleven diasaskan di Amerika Syarikat pada 1927 sebelum hak francais diambil alih sepenuhnya oleh Seven & I Holdings Co. dari Jepun sejak 1991 dan kini ia memiliki lebih 35,000 premis di 100 buah negara termasuk Malaysia.

Di bawah peraturan baharu itu, kedai serbaneka atau juga disebut toko kelontong diharamkan perniagaan minuman beralkohol kerana pemerintah Indonesia bimbang remaja termasuk murid sekolah mudah membelinya secara bebas.

Sebaliknya produk arak hanya boleh dijual di pasar raya besar yang biasanya cuma terdapat di pusat bandar, tetapi larangan ini sudah lama dilaksanakan di wilayah Aceh yang terkenal tegas dengan pelaksanaan hukum syariah Islam.

Dianggarkan kira-kira 16,000 pasar raya kecil dan 55,000 kedai mini di seluruh Indonesia terlibat dalam pengharaman minuman keras kecuali di Bali kerana majoriti penduduknya penganut Hindu dan destinasi pelancong antarabangsa.

Persatuan peniaga dan pengilang arak tempatan mengkritik arahan tegas tersebut yang bakal menyebabkan pemerintah Indonesia kehilangan hasil lumayan cukai produk alkohol sebanyak 7 triliun rupiah (hampir RM2 juta) setahun.

Namun Menteri Perdagangan, Rachmat Gobel mempertahankan tindakan itu yang dapat menyelamatkan generasi muda Indonesia daripada terjerumus dalam kancah gejala sosial akibat pembelian minuman keras. – Agensi/A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori