Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Akibat Tindakan MB Johor,...

TUNDA... Mesyuarat ke-14 Jawatankuasa Menteri Bersama bagi Iskandar Malaysia (JMCIM) yang dijadual pada...

100 Pelajar Sekolah Menengah...

IPOH - Sebanyak 100 pelajar sekolah menengah di Perak, hari ini menerima skim...

Rosliza Gagal Perisytiharan Dirinya...

PUTRAJAYA - Seorang wanita yang mendakwa dilahirkan sebagai anak tak sah taraf kepada...

Bakal Pengantin Mengaku Salah...

Muar: Seorang lelaki yang dijadual melangsungkan perkahwinan bulan depan, mengaku bersalah di Mahkamah...

71 Askar Chad Terbunuh Perangi Boko Haram

N’DJAMENA – Seramai 71 askar Chad terbunuh manakala 416 lagi cedera dalam tempoh kurang daripada tiga bulan dalam memerangi kumpulan pemberontak Boko Haram, demikian menurut tentera Chad hari ini.

Chad sudah menghantar kira-kira 5,000 askarnya untuk bersama tentera Nigeria, Niger dan Cameroon bagi memerangi kumpulan perkauman yang berpangkalan di Nigeria itu apabila ia mula merebak ke negara jiran lain.

Kebanyakan pertempuran berlaku di selatan Lake Chad dan di timur laut Nigeria yang kebelakangan ini dilaporkan beransur dipatahkan.

Panglima Tentera Chad, Jeneral Brahim Seid memberitahu pemberita di ibu negara N’Djamena bahawa askarnya terbunuh sejak 3 Februari hanya untuk mempertahankan keselamatan dan keamanan di wilayah berkenaan.


“Mereka mempertahankan 11 komuniti di Cameroon, Niger dan Nigeria daripada jatuh kepada Boko Haram,” katanya.

“Tentera Chad akan terus memburu pengganas Boko Haram ini walau di mana mereka ditemui,” katanya. – AFP

https://youtu.be/fFn1RxT-B3Q

  • Lagi berita berkaitan:
  • askar

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori