Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

PM Ucap Selamat Musim...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan...

Kerajaan Perlu Masa Stabilkan...

KOTA BHARU - Kerajaan memerlukan masa untuk menstabilkan bekalan telur di pasaran negara...

“Ramai Salahkan Saya” –...

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan ramai Ahli Parlimen menyalahkan dirinya...

5 Universiti Penyelidik Kelompok...

PUTRAJAYA - Lima universiti awam Malaysia berstatus universiti penyelidikan tersenarai dalam kelompok satu...

8 Juta Orang Terjejas Akibat Gempa Nepal – PBB

NEW DELHI – Lapan juta orang dipercayai terjejas akibat gempa kuat yang menggegar Nepal Sabtu lalu mengikut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), justeru wujud keperluan mendesak untuk barangan keperluan termasuk selimut, air bersih, sabun dan ubat.

“Mengikut anggaran awal dan berdasarkan pemetaan kepadatan penduduk di kawasan gempa, lapan juta orang di 39 daerah terjejas dengan bencana itu yang mana lebih dua juta orang tinggal di 11 daerah yang paling teruk terjejas,” kata laporan terkini yang dikeluarkan Pejabat Penyelaras PBB di sini.

Gempa bumi pada 7.9 skala Richter pada tengah hari Sabtu lalu menyebabkan bangunan dan rumah-rumah di Kathmandu runtuh manakala angka korban hingga kini sudah mencecah hampir 4,000 dan 6,000 cedera.

UNICEF pula berkata bekalan makanan dan air minuman semakin berkurangan akibat gempa itu, yang terburuk di Nepal dalam tempoh lebih 80 tahun.


Di Lembah Kathmandu, kedai dan perusahaan masih ditutup manakala buat malam ketiga, orang ramai bermalam dalam khemah segera di tempat terbuka kerana bimbang gempa susulan.

Setakat ini 21 kem penempatan sementara dibuka di sekitar Kathmandu. – Reuters

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori