Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Warga Malaysia Dan Isteri...

NARATHIWAT - Seorang warga Malaysia cedera parah sementara isterinya warga Thai cedera ditembak...

Rafidah Aziz Dianugerah Ijazah...

CYBERJAYA - Fakulti Sains Perubatan Universiti Cyberjaya (CUCMS) hari ini menganugerah Ijazah kehormat...

Cadangan Wujud Pasukan Petugas...

Cadangan untuk menubuhkan sebuah pasukan petugas bagi menyediakan kandungan dan program jangka panjang ‘Pendidikan Rukun Negara’ akan di bawa ke Kabinet untuk kelulusan.

Nabil Ahmad Terbitkan Filem,...

PELAWAK dan pengacara, Nabil Ahmad memberitahu bahawa dia kini dalam proses menulis skrip...

Abang Zamani Lebih Tahu Ke Mana Duit Dia Pergi – Pengurus

RENTETAN daripada isu wang lesap, pengurus yang sudah berkhidmat selama 22 tahun dengan Zamani Slam kini tidak dibenarkan berjumpa dengan penyanyi itu.

Merujuk kepada tindakan keluarga dan peguam Zamani sejak dia dimasukkan ke sebuah pusat pemulihan itu, pihak pengurusannya menganggap ia adalah tidak adil.

“Sejak Zamani menerima rawatan dia tidak dibenarkan berjumpa selain keluarga dan peguamnya sahaja. Bagi saya tindakan itu tidak adil kerana pengurusan lebih tahu banyak perkara tentang kerjayanya.

“Ia termasuk urusan persembahan yang dipersetujui lebih awal, perlu diselesaikan bagi mengelak masalah lain pada masa hadapan,” jelas wakil pengurusannya ketika dihubungi mStar Online.

Sebelum ini di sebuah sidang media, Zamani yang diwakili abangnya, Zulfazil menyatakan penyanyi itu mempunyai masalah kewangan dan memerlukan wang sebanyak RM50,000 bagi menjalani pembedahan tulang belakang.

[BERKAITAN: WANG LESAP, KELUARGA TUNTUT AKAUN TERPERINCI ZAMANI]

Sementara itu pengurus Zamani, Johan menyatakan setiap wang hasil persembahan Zamani dimasukkan ke dalam akaun peribadi artis itu sendiri.


Pihaknya juga terbuka untuk selesaikan perselisihan ini dengan cara baik dan tidak perlu dihebohkan kerana ianya akan memalukan nama Zamani.

“Dan sebab itu saya tidak berhasrat untuk menjelaskan secara lanjut berhubung dakwaan itu. Abang Zamani sepatutnya lebih tahu ke mana perginya semua wang Zamani,” katanya.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=IXdhlzTczr8

Oleh: SYFQAKHIR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori