Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Penjawat Awam Ditahan Miliki...

Ampang Jaya : Penjawat awam ditahan polis kerana memiliki dadah di Pandan Jaya,...

Lawatan Anwar Ke i-City...

SHAH ALAM - Lawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Bilangan Mangsa Banjir Di...

KUANTAN - Bilangan mangsa banjir di Pahang turun kepada 4,348 orang daripada 1,156...

Media Kawalan Pembangkang Sabotaj...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan...

Abu Zahar Terima Kunjungan Hormat Duta Besar Jepun

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang hari ini menerima kunjungan hormat Duta Besar Jepun di Malaysia, Makio Miyagawa di Bangunan Parlimen di sini.

Kunjungan itu sebagai menyampaikan rasa penghargaan dan terima kasih Maharaja Jepun Akihito kepada Abu Zahar yang memberi ucapan selamat sempena ulang tahun kelahiran baginda pada 23 Disember tahun lalu.

Bercakap kepada pemberita, Miyagawa berkata beberapa perkara sempat dibincang pada pertemuan itu antaranya hubungan sosioekonomi dua hala antara Malaysia dan Jepun.

“Jepun dan Malaysia telah menikmati hubungan mesra yang sangat lama. Ketika ekonomi Jepun mula berkembang semula sejak pemerintahan Perdana Menteri baharu dua tahun lalu, pelaburan ke Malaysia semakin meningkat dan kami kini sebagai pelabur utama,” Katanya.

Miyagawa turut melahirkan keyakinan terhadap peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun ini dan sedia membantu Malaysia sebaik mungkin bagi menjayakan penganjuran dan usaha pembentukan komuniti ASEAN. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori