Sejak semalam, ramai pihak menjadikan isu Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Iskandar yang dikatakan enggan bersalaman dengan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sebagai topik perbualan.
Melalui satu video yang dikongsi, rata-rata blog pembangkang menghangatkan isu tersebut dan mengakibatkan pengguna membuat pelbagai telahan.
[TERDAHULU: Tak Sambut Salam – Sultan Johor Menyampah Kat Ahmad Maslan?]
Mlm Jamuan Negeri sempena Kemahkotaan pada 31/3/15 di Persada JB. DYMM Tuanku Sultan Johor yg sentiasa mesra rakyat. pic.twitter.com/WVAwkw2pET
— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) April 8, 2015
Namun, melalui satu entri di laman Twitter rasminya semalam, Ahmad Maslan memuat naik dua keping gambar beliau sedang bersalaman dengan Sultan Johor di satu majlis keraian.
Tulisnya, “Malam Jamuan Negeri sempena Kemahkotaan pada 31/3/2015 di Persada JB. DYMM Tuanku Sultan Johor yang sentiasa mesra rakyat.”
Kesimpulan awal yang boleh dibuat, Sultan Ibrahim mungkin terlepas pandang akan huluran tangan dari Ahmad Maslan kerana sibuk bermesra dengan rakyat jelata.
– MYNEWSHUB.CC
Video Sultan Ibrahim Tak Menyambut Salam Ahmad Maslan
https://youtu.be/t2vqmeMkiH8