Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Cadangan Wujud Bank Data...

PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengkaji dan meneliti mekanisme pelaksanaan cadangan...

Suami Cerita Detik Isteri...

KUALA LUMPUR - Seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian pemancing hilang dibawa arus...

3 Termasuk 2 Kanak-Kanak...

KUALA LUMPUR - Tiga termasuk dua kanak-kanak perempuan maut dalam kebakaran sebuah rumah...

BN Perlis Tampil 10...

KANGAR - Barisan Nasional (BN) Perlis menampilkan 10 muka baharu daripada keseluruhan 18...

Ahmad Maslan Nafi Pakai Rolex Berharga Puluhan Ribu

TIMBALAN Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menafikan dirinya memakai jam tangan berjenama Rolex, seperti didakwa seorang aktivitis dua hari lalu.

Ahmad membuat penafian tersebut sambil berkata, beliau tidak mampu untuk memiliki aksesori mewah tersebut.

Memetik kenyataannya seperti yang disiarkan portal Malaysiakini,Saya tidak pernah ada jam Rolex. Saya tidak pernah pakai. Saya tidak ada duit untuk beli Rolex.”

ahmad-maslan

Ujar Ahmad lagi, kebiasaannya beliau akan mengenakan jam berjenama Orient dan Swatch yang berharga RM800 dan RM230 bagi menghadiri majlis.

Dalam pada itu, beliau akan meneliti tuduhan tersebut terlebih dahulu sebelum membuat tindakan selanjutnya, dan tidak menolak gambar tersebut telah disunting.


Sebelum ini, seorang aktivis, R Sri Sanjeevan memuat naik foto-foto pemimpin politik kerajaan dan pembangkang yang memakai varisi jam tangan di laman Facebook rasminya.

Dia turut mendedahkan harga bagi setiap jam tangan tersebut, dari hanya ratusan ringgit sehinggalah mencecah ratusan ribu ringgit.

Antara pemimpin yang menjadi sasarannya adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Lim Kit Siang.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=sc9nX446I5k

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori