Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Felcra Tangguh Sementara Pinjaman...

KUALA LUMPUR – Felcra telah menangguhkan sementara pinjaman sara hidup kepada para pesertanya...

Mais Terima Sumbangan Tiga...

SHAH ALAM - Pusat Dialisis Majlis Agama Islam Selangor (Mais) di sini menerima...

Program Belajar Berasaskan Kerja...

SHAH ALAM - Program pembelajaran berasaskan kerja, antara setahun dan dua tahun yang...

KPDNKK Cari Kaedah Terbaik...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang dalam peringkat...

Ahmad Maslan Tak Patah Semangat Beri Penjelasan GST

KUALA LUMPUR – Meskipun pelbagai cacian dan tohmahan dilemparkan kepadanya, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata beliau tidak patah semangat untuk terus memberi penerangan tentang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada rakyat.

Yakin bahawa GST adalah sistem cukai terbaik, beliau meminta rakyat agar lebih mempelajari dan mendalami GST, selain ‘berlawan’ dengan para peniaga ingkar.

BACA - Kata Tun M Tak Faham GST, Dr Asri Kecam Ahmad Maslan

Katanya sebagai Ketua Penerangann UMNO yang mewakili kerajaan, beliau berasa bertanggungjawab untuk tampil dan ‘bercakap’ tentang GST.

“Saya maafkan mereka yang berkata macam-macam mengenai saya. Memang pedih tapi saya maafkan.

“Saya juga sebenarnya asal orang susah. Mak dan ayah saya penoreh getah. Saya faham macam mana jadi orang susah. Tiada sebab kenapa saya mahu berbohong kepada rakyat tentang GST ,” katanya ketika menjadi tetamu rancangan Ruang Bicara di Bernama TV di sini, malam tadi.

Menerusi rancangan tersebut, anggota Parlimen Pontian itu turut menyentuh tentang kenyataannya berhubung bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


“Saya amat menghormati Tun (Mahathir) sebagai negarawan yang telah banyak berbakti kepada negara.

“Saya terkejut apabila beliau memberi pandangan mengenai GST yang bertentangan dengan kerajaan. Penasihat dan pelapor beliau sepatutnya memberi maklumat yang tepat dan penjelasan yang lengkap,” kata Ahmad.

Selain itu, beliau turut menggesa supaya peniaga yang didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) GST, segera didakwa dan dikenakan hukuman tegas.

“Ini supaya jadi pengajaran pada peniaga lain. Kita (kerajaan) mahu buktikan bahawa bukan GST yang tak bagus tetapi peniaga yang ingkar, yang ambil kesempatan menaikkan harga barang sewenang-wenangnya,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori