Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PRK Sg. Besar: 42,365...

SUNGAI BESAR - Seramai 42,365 pengundi bakal menunaikan tanggungjawab memilih pada Pilihan Raya...

Zul Ariffin Terlampau ‘Sweet’...

SEKARANG ini menerusi slot Samarinda TV3 sedang hangat ditayangkan drama Menanti Februari lakonan...

Pemergian Pengarah Veteran Jamil...

PETALING JAYA - Kepulangan Allahyarham Datuk Jamil Sulong ke Rahmatullah merupakan satu kehilangan...

Desak Bersumpah, Mahasiswa UIA...

PUTRAJAYA - Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Muhammad Huzaifah Shuib menimbulkan kekecohan...

Ahmad Yudhistira Terpantas Hari Pertama ARRC

PELUMBA Indonesia, Ahmad Yudhistira melakukan kejutan apabila muncul pelumba terpantas SuperSports 600cc pada hari pertama pusingan pertama Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.

Pelumba Manual Tech KYT Kawasaki itu mencatat masa terbaik 1’05.272s yang dilakukan pada sesi latihan kedua, memperbaiki catatan 1’05.634s yang dicatat pada sesi latihan pertama.

Juara berganda SuperSports 600cc di Malaysia musim lepas, Mohd Zamri Baba (Musashi Boon Siew Honda Racing) kekal memberikan saingan kompetitif apabila muncul pelumba kedua terpantas dengan mencatatkan masa terbaik 1’05.356s. Pelumba Jepun, Makoto Inagaki (Akeno Speed Racing) muncul pelumba ketiga terpantas dengan masa 1’05.499s yang dicatat ketika mendahului sesi latihan pertama.

“Keadaan saya dan juga jentera pada hari ini lebih baik berbanding sesi ujian pra-musim lepas di sini. Ketika itu keadaan litar tidak begitu baik kerana kesan-kesan tayar selepas perlumbaan Formula 1,” jelas Yudhistira.

Tambahnya, “Kami lebih bersedia pada kali ini. Jentera berada pada tahap terbaik dan hasil data yang dikumpul ketika sesi ujian pra-musim banyak membantu untuk meningkatkan lagi prestasi jentera. Ia ditambah dengan penggunaan enjin yang baru untuk perlumbaan minggu ini.”

Mengulas tentang sesi kelayakan esok, Yudhistira berkata, “Catatan saya di sini semakin baik jika dibandingkan dengan dua tahun lepas. Sasaran saya adalah untuk mendapatkan masa konsisten dalam setiap pusingan kerana ia penting untuk menghadapi perlumbaan akhir nanti.”

Dalam pada itu, pelumba Jepun, Takehiro Yamamoto mempamerkan aksi konsisten apabila mendahului saingan kelas Asia Production 250cc (AP250cc) dengan muncul pelumba terpantas dalam kedua-dua sesi latihan.

Pelumba Trickstar Racing itu mencatat 1’16.195s pada sesi latihan pertama dan 1’16.369s pada sesi kedua. Satu-satunya pencabar yang berupaya mencatat di bawah 1’17s ialah Apiwat wongthananon (AP Honda Racing Thailand) yang melakukan masa terbaik 1’16.654s yang dilakukan pada sesi kedua. Rakan sepasukan, Vorapong Malahuan muncul pelumba ketiga terbaik dengan masa 1’17.090s.

Sementara itu saingan Underbone 130cc menyaksikan pelumba Malaysia, Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) mencatat masa terpantas dengan masa 1’20.667s yang juga merupakan pelumba tunggal melakukan catatan di bawah 1’21s


Ahmad Fazli Sham (PETRONAS Yamaha Maju Motor) turut beraksi cemerlang setelah muncul pelumba kedua terpantas dengan catatan masa terbaik 1:20.667s diikuti pelumba Indonesia, Ferlando Herdian (BKMS Indonesia Racing Team) dengan masa 1’21.230s.

Dalam saingan yang juga pertama kali dianjurkan bermula musim 2015, Cabaran Suzuki Asia (SAC), pelumba Thailand, Patis Chooprathet muncul pelumba terbaik dengan catatan masa 1’26.882s diikuti pelumba Indonesia Dedi Kurniawan dengan masa 1’27.638s dan pelumba Malaysia, Mohd Zulhilmi Yazid dengan masa 1’27.922s.

Seterusnya dalam Perlumbaan Asia Dream Cup (ADC), pelumba Jepun Hiroki Nakamura muncul pelumba terpantas dengan masa 1’20.630s sambil pelumba Filipina, Koko Masaharu C. Tadachi kedua dengan masa 1’20.851s dan Yusuke Nakamura ketiga, 1’21.046s.

Keputusan Latihan Bebas
SuperSports 600cc
1.Yudhistira (Kawasaki) 1’05.272s 2.Zamri Baba (Honda) 1’05.356s 3.Makoto Inagaki (Yamaha) 1’05.499s 4.Yuki Takahashi (Honda) 1’05.656s 5.Tomoyoshi Koyama (Honda) 1’05.785s

Asia Production 250cc
1.Takehiro Yamamoto (Kawasaki) 1’16.195s 2.Apiwat Wongthananon (Honda) 1’16.654s 3.Vorapong Malahuan (Honda) 1’17.090s 4.Fitriansyah Kete (Kawasaki) 1’17.307s 5.Ryunosuke Hyodo (Kawasaki) 1’17.493s

Underbone 130cc
1.Norizman Ismail (Honda) 1’20.667s 2.Ahmad Fazli Sham (Yamaha) 1’21.105s 3.Ferlando Herdian (Yamaha) 1’21.230s 4.Gupita Kresna (Kawasaki) 1’21.251s 5.Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha) 1’21.314s

Asia Dream Cup
1.Hiroki Nakamura (JPN) 1’20.630s 2.Koko Masaharu (PHI) 1’20.851s 3.Yusuke Nakamura (JPN) 1’21.046s 4.Hafiz Nor Azman (MAS) 1’21.293s 5.Muklada Sarapuech (THA) 1’21.354s

Suzuki Asian Challenge
1.Patis Chooprathet (THA) 1’26.882s 2.Dedi Kurniawan (INA) 1’27.638s 3.Zulhilmi Yazid (MAS) 1’27.922s 4.Andreas Gunawan (INA) 1’27.994s 5.Dedi Kurniawan (INA) 1’28.188s – MYNEWSHUB.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • ARRC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori