SEBEGAI ibu bapa, menjadi perkara yang penting bagi seorang Muslim untuk memberikan nama yang baik buat anak yang baru dilahirkan.
Sebuah nama sememangnya memberikan maksud yang sangat penting, kerana dalam nama itulah terkandung doa dan harapan bagi mereka.
Namun, lain pula cerita sebuah pasangan yang kami kongsikan ini.
Sejak dari semalam, tersebar sebuah gambar salinan sijil kelahiran di mana sepasang suami isteri memberikan nama yang agak ‘luar biasa’ kepada anak perempuannya.
“Yeayyyyy.. akhirnye kite da ada baby cbst… Tq ****** n ******** sudi bg nama special ni…”
Berdasarkan gambar, bayi perempuan mereka dilahirkan pada 30 Mac lalu pada jam 10.25 pagi di Hospital Sultan Haji Ahmad Temerloh.
Nama bayi itu diberikan nama Siti Nur CBS@t binti *********.
Dikatakan, nama itu diberikan kerana minat melampau pasangan terbabit terhadap ‘Car Boot Sale’ mengundang kritikan negatif dari netizen.
Ramai netizen melahirkan rasa simpati dan kasihan mereka terhadap bayi berkenaan kerana bimbang nama itu akan menyebabkannya diejek oleh orang ramai apabila dewasa kelak.
“Kan ada banyak nama-nama yang indah dengan makna-makna yang baik. Kenapalah letak nama macam ini pada si kecil? Astagarafirullahhadzim,” keluh seorang pengguna Facebook.
Lemparkan pandangan yang berbisa sekali pun, pemberian nama itu telah diputuskan dan juga telah didaftarkan pada Jabatan Pendaftaran Negara tanpa sebarang bantahan.
Apa-apa pun, orang ramai terutamanya yang beragama Islam tidak digalakkan memberi nama yang tidak mempunyai makna serta yang pelik kepada anak-anak mereka.
Islam telah menganjurkan pemilihan nama yang baik, kerana ia lambang identiti seseorang dan nama itulah ia akan dikenali sepanjang hayat dan menjadi sebutan sampai ke hari akhirat.
P/S: Lepas ni jangan letak nama Siti Nur GST pulak, haru dibuatnya.
-MYNEWSHUB.CC