Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Gempa Sederhana Landa Laut...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter berlaku di...

Gambar Lucah Lelaki Mirip...

KUALA LUMPUR - Sekeping gambar lucah seorang lelaki mirip pendakwah selebriti PU Rizz...

Samsung Mohon Maaf Jadi...

SEOUL - Naib Pengerusi Kumpulan Syarikat Samsung, Lee Jae-yong pada Selasa secara rasmi...

Video: Jeritan Histeria Di...

SEREMBAN - Rakaman video sekumpulan pendaki dalam keadaan cemas melaungkan azan beramai-ramai di...

Air Mani Lembu Berharga RM257,000 Dicuri

Le Roy (Amerika Syarikat) – Air mani dan embrio lembu berharga AS$70,000 (RM257,000) dicuri dari sebuah ladang ternak di Minnesota, kelmarin.

Pemilik ladang Daniel Weness berkata, dia mengambil air mani dan embrio itu dari lembu yang diternaknya.

Bekas untuk menyimpan air mani dan embrio itu saja bernilai AS$500 (RM1,800).

“Memang ada pasaran untuk air mani dan embrio itu. Ramai penternak membelinya daripada Weness kerana mereka tidak perlu mengangkut lembu betina masing-masing untuk dikawankan dengan lembunya.

“Mereka perlu membelinya dan melakukan permanian beradas terhadap lembu mereka,” kata syerif Mower County Mark May.


Dia percaya pencuri terbabit menjual air mani dan embrio itu kepada penternak lain.

“Ramai orang bersedia membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkannya,” kata May.

Wennes memiliki 80 lembu di ladangnya dan setakat ini, dia tidak dapat mengesyaki pencuri berkenaan. – Agensi

https://www.youtube.com/watch?v=508nWqXCahA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori