Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Wanita Dipenjara Tonton Lelaki...

TEHERAN – Seorang wanita Iran kerakyatan British, Ghoncheh Ghavami, yang dihukum penjara kerana...

KKM Perluas Penempatan Pegawai...

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuka penempatan pegawai perubatan siswazah (PPS) baru bagi lantikan...

Isteri ‘Kantoi’ Bersama Lelaki...

 PETALING JAYA - Kisah kecurangan pasangan suami isteri sering kali kita dengar dan...

Himpunan ICERD: Pakaian Putih,...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO mencadangkan semua peserta himpunan besar-besaran membantah Konvensyen...

AirAsia Akan Terbang Ke Mana-Mana Bandar

SHANGHAI – Syarikat penerbangan tambang rendah Malaysia, AirAsia, akan terbang ke mana-mana bandar khsusunya bandar raya peringkat kedua dan ketiga, jika ada lapangan terbang, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes.

Fernandes berkata syarikat penerbangan itu boleh memainkan peranan yang penting dalam membantu membangunkan ekonomi bandar-bandar tersebut.

“Kami berharap untuk terbang ke setiap lapangan terbang di China dalam tempoh 10 tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman di antara AirAsia dan UnionPay International, anak syarikat persatuan kad bank yang berpangkalan di Shanghai, China UnionPay.

AirAsia akan terbang ke empat lagi destinasi di China tidak lama lagi.

Beliau, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut.

Sekarang ini, AirAsia mengadakan penerbangan ke lebih kurang 30 laluan di China, termasuk bandar raya peringkat kedua dan ketiga seperti Wuhan, Xi’an dan Chongqing.


Fernandes berkata syarikat penerbangan itu telah membawa lebih daripada 200 juta penumpang sebelum tragedi AirAsia Indonesia.

“Tidak ada syarikat penerbangan yang selamat 100 peratus. Bagaimanapun, kami akan menguruskan risiko sebaik mungkin dan membuat penambahbaikan pada sepanjang masa,” katanya.

AirAsia Indonesia, yang terbang dari Surabaya, Indonesia ke Singapura terhempas di Laut Jawa, tidak jauh dari Borneo pada 28 Dis tahun lepas, membunuh kesemua 155 penumpang dan tujuh anak kapal.

Katanya, AirAsia Indonesia dan AirAsia Filipina akan melancarkan tawaran awam permulaan dalam suku pertama tahun depan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori