Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Matt Kuwata Bertukar Jadi...

KEBANYAKANNYA mengenali model dan selebriti Matt Kuwata sebagai anak lelaki kepada pemain legenda...

Anggota Tentera Didakwa Salah...

KUANTAN - Seorang anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari...

Negeri Sembilan Benarkan Jualan...

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membuat keputusan untuk membenarkan penjualan produk...

Malaysia Akan Tingkat Penguatkuasaan...

ROME - Malaysia berminat untuk meningkatkan penguatkuasaan keselamatan siber bagi menangani pengaruh keganasan...

Aisyah Aziz Artis Pertama Dapat Lagu Ciptaan Aizat

DAMANSARA: Bukan sedikit artis popular tanah air menagih lagu ciptaan penyanyi dan komposer berbakat Aizat Amdan untuk dijadikan sebagai koleksi lagu nyanyian mereka.

Antara penyanyi yang pernah menyuarakan suara ingin mendapatkan khidmat Aizat terdiri daripada dua nama besar bidang seni suara negara iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Sheila Majid.

Namun disebabkan rasa kurang yakin, Aizat menyatakan dia belum lagi bersedia menyumbangkan lagu buat dua diva negara itu suatu masa dahulu.

“Saya bukan tak nak buat lagu untuk mereka tapi saya sebenarnya kalau ada ilham itu datang dan kalau ada lagu yang sesuai, saya akan bagi.

“Saya kalau nak buat lagu terutama untuk Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Sheila Majid, mereka punya nama sangat besar, kalau saya buat lagu yang tak boleh on par (setaraf) dengan mereka, saya akan rasa kecewa.

“Tapi bila fikir balik mungkin pada ketika itu saya negatif sikit, mungkin saya tak berkeyakinan diri, so sekarang ini InsyaAllah mana tahu saya boleh sumbangkan lagu kepada mereka,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Maulid Akbar Selawat Perdana 1436H, di sini semalam.

Dalam pada itu, penyanyi kelahiran Kota Singa, Aisyah Aziz merupakan artis pertama yang dapat menyanyikan lagu ciptaan Aizat berjudul Pilihan Sejati.

aisyah


Ketika ditanya apakah ciri-ciri kriteria yang menyebabkan dirinya teringin menyumbang lagu kepada Aisyah, ini jawapan Aizat, “saya memang gemar dengan penampilan dia, cara dia bawa diri, dengar suara dia lagilah saya rasa dia berbakat.”

Disebabkan kolaborasi mereka berdua, ada sesetengah peminat mengandaikan bahawa mereka kini sedang dilamun cinta, namun Aizat pantas menafikan perkhabaran tersebut.

“Lagu ini memang banyak libatkan emosi, memang normal orang akan bercakap. Tapi saya senang bekerja dengan dia. Aisyah seorang yang profesional dan saya sendiri pun profesional. Takkan saya nak kena date dengan dia untuk mendapatkan mood lagu tu,” katanya dalam nada berseloroh.

Aizat turut mendedahkan dia bakal memulakan satu blog yang menceritakan perjalananannya daripada seorang individu bersaiz besar sehingga menjadi kurus seperti sekarang.

“Saya dalam perancangan nak buat blog kuruskan badan, saya datang daripada orang yang gemuk, kalau saya boleh kurus, mereka pun tentu boleh lakukan,” katanya yang kini muncul dengan single terbaharu berjudul Langit Tetap Biru. – MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JULIANA JOHAR
Foto:  RIZA RAZAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori