MALANG  tidak berbau.. pelakon drama yang makin meningkat naik, Amar Baharin dilaporkan cedera setelah ditumbuk dalam satu pergaduhan.
Tapi, jangan buat spekulasi segera! Amar sebenarnya mengalami luka di bahagian kening setelah ditumbuk secara tidak sengaja ketika penggambaran babak pergaduhan bagi sebuah telefilem.
Namun, pelakon tersebut menunjukkan sikap profesional apabila meneruskan penggambaran sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Memetik kenyataannya di Media Hiburan, “Ia terjadi selepas melakukan adegan pergaduhan. Tanpa sengaja, tumbukan terkena betul di wajah saya. Namun, saya meminta pengarah untuk meneruskan beberapa ‘shot’ dengan darah yang betul.”
Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 pagi di set penggambaran telefilem Jalan Singkat Ke Syurga arahan Rashid Sibir.
Antara pelakon lain yang turut terlibat dalam drama tersebut adalah Faizal Hussein dan Eja.
Tahniah buat Amar yang tetap komited menghabiskan baki lakonan walaupun dalam keadaan sakit!
– MYNEWSHUB.CC
Temubual Amar Baharin Bersama Pelakon Suamiku Encik Sotong