Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pemilik Tanah Bertanggungjawab Kambus...

KUANTAN - Tanggungjawab untuk mengambus semula lokasi lombong bauksit terbiar perlu digalas oleh...

Fasha Pilih Hidup Sederhana,...

SHAH ALAM - Pelakon Fasha Sandha lebih selesa menjalani kehidupan bersederhana sejak dahulu...

Lebih Banyak Premis Diharap...

KOTA KINABALU - Polis Sabah berharap lebih banyak premis termasuk kawasan perumahan di...

Sentuh Anjing : Mufti...

Nampaknya isu penganjuran program I Want To Touch A Dog (IWTTAD) nampaknya semakin...

Ambil Segera Tindakan Terhadap Alvin Tan

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa digesa segera mengambil tindakan tanpa kompromi terhadap penulis blog kontroversi, Alvin Tan yang sekali lagi menimbulkan provokasi dengan menghina agama Islam serta mempersendakan azan melalui rakaman video yang dimuat naik ke laman perkongsian video YouTube, baru-baru ini.

Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia Tan Sri Dr Rais Yatim berkata kelewatan mengambil tindakan akan menyebabkan badan penguatkuasa di negara ini diperlekeh, selain lebih ramai individu akan muncul melakukan provokasi yang sama.

“Kelantangan pihak tertentu dan individu yang secara terbuka menghina Islam serta memperkecil-kecilkan intitusi Diraja mencerminkan kelemahan penguatkuasaan undang-undang di negara ini. Masalah (kelewatan) yang berlaku dalam penguatkuasaan inilah yang menyebabkan beberapa individu berani ke hadapan dan mencerca agama, raja dan perdana menteri.

“Tindakan badan penguatkuasa tidak boleh seperti ‘meraung di lembah gunung’, tetapi perlu bertindak pantas, tegas dan terserlah sama ada di bawah Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998, Akta Hasutan atau akta lain,” katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu program bersiri ‘Budi dan Tamadun’ stesen radio Klasik Nasional, Radio Televisyen Malaysia (RTM), di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai provokasi terbaharu Tan yang dengan sengaja memuat naik rakaman video ke YouTube yang menunjukkan dia mengalunkan azan dalam rentak R&B sambil bermain keyboard.

Rais, yang juga pakar undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan, turut mengulas mengenai tindakan 13 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP dan PKR semalam, yang tidak memberi sebarang reaksi terhadap usul menjunjung kasih titah ucapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang menyifatkan tindakan sedemikian sebagai memperkecil dan mempersenda institusi Diraja.

“Begitu juga dengan tindakan 26 ADUN pembangkang di Perak berpakaian serba hitam pada Istiadat Pembukaan Dewan Undangan Negeri Mac lepas, seolah-olah membelakangkan institusi Diraja.


“Jika di Thailand, sekiranya ada rakyat yang menghina institusi Diraja mereka, tindakan serta merta terus diambil tanpa sebarang kompromi, dan itu berbeza dengan penguatkuasaan di negara ini,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata orang Melayu semakin melupakan nilai budaya dan warisannya berikutan kelemahan yang terdapat dalam sistem pendidikan hari ini yang tidak menerapkan pengajaran berkaitan budi, budaya serta warisan Melayu terhadap pelajar, yang dikhuatiri akan diabaikan dan hilang ditelan zaman.

“Sistem pendidikan kita berjaya melahirkan masyarakat berilmu, tetapi tidak melahirkan mereka yang memiliki dan prihatin pada nilai budaya serta warisan orang Melayu.

“Transformasi pendidikan yang diumumkan baru-baru ini juga dilihat lambat dalam membawa ciri tamadun, warisan serta budaya ke dalam sistem pendidikan dan jika tidak dimulakan sekarang, penggunaan bahasa Melayu sendiri akan hilang,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori