Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Saya Tidak Gentar Dengan...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau...

Sanusi Serah Kepada SPRM...

ALOR SETAR : Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor merasakan tiada...

Kelahiran Bayi Kembar Bongkar...

Paterson (Amerika Syarikat) - Tembelang seorang wanita yang curang akhirnya terbongkar selepas bayi...

Assalamualaikum… Pakcik Cari Siapa?

Isu pelajar terlibat dalam gejala ponteng sekolah bukanlah isu baru. Jika dibincangkan punca...

AMK Dakwa Rakyat Sokong #KitaLawan Guna Media Sosial

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak bersetuju dengan pandangan gerakan #KitaLawan gagal mencapai tahap seperti gerakan Reformasi pada tahun 1998.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, rakyat menyokong kempen itu tetapi lebih melalui media sosial yang semakin hari semakin jelas diperlihatkan ramai.

“Perlu diingatkan di sini bahawa gerakan Reformasi pada tahun 1998 merupakan satu gerakan spontan yang lahir daripada kemarahan rakyat.

“Situasi pada masa itu berbeza kerana waktu itu tiada barisan kempimpinan alternatif seperti Pakatan Rakyat. Kebangkitan kali ini juga melibatkan rakyat pelbagai kaum, bukan hanya Melayu,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nik Nazmi turut mendakwa tidak ramai turun menyertai gerakan #KitaLawan kerana kerajaan menakut-nakutkan rakyat dengan tindakan undang-undang.

“Walaupun diugut dengan tindakan undang-undang, rakyat tetap gigih menyuarakan pendapat melalui media sosial. Barisan Nasional (BN) tidak patut memandang remeh terhadap perkara ini,” dakwanya.


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar semalam berkata, sambutan yang diterima #KitaLawan tidak mencapai tahap seperti gerakan Reformasi 1998.

“Perhimpunan Kita Lawan di depan Sogo, saya fikir tidak lebih daripada 2,000 orang. Semasa Reformasi, puluhan ribu bergerak ke Dataran Merdeka,” katanya dalam satu syarahan di Universiti Multimedia di Cyberjaya.

– MYNEWSHUB.CC

https://youtu.be/LiWP5Ez_wgs

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori