Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bantuan Wang Ihsan Banjir...

SANDAKAN - Bantuan wang ihsan banjir berjumlah RM500 diberikan mengikut rumah dan bukannya...

Terlalu Seksi, Model Bogel...

LONDON — Seorang model majalah bogel, Chelsea Ferguson, terpaksa ‘diboikot’ daripada muncul menerusi laman...

“Tayang Kemewahan Hasil Tipu...

PELAKON dan penyanyi Bella Nazari baru-baru ini mendedahkan mengenai dirinya yang hampir menjadi...

TMJ Beritahu Sidang Dunia...

KUALA LUMPUR - "Hak penyiaran televisyen (perlawanan Liga Malaysia) adalah satu masalah besar...

AMK Ikrar Pertahan Kerusi Permatang Pauh

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) berikrar untuk mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang kosong selepas penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam petisyen pengampunannya.

Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Timbalan beliau, Dr. Afif Bahardin yang juga Exco Kerajaan Pulau Pinang dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya AMK bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

“AMK akan berada di barisan hadapan bagi mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam PRK yang akan berlangsung,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Nik Nazmi dalam pada itu seolah-olah mempertikaikan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat.


Menurutnya, AMK akan menggiatkan usaha bagi mencari jalan untuk membebaskan Anwar daripada Penjara Sungai Buloh dengan meneruskan kempen ‪#‎KitaLawan. – MYNEWSHUB.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori