Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Golongan, Persatuan Belia Disaran...

KOTA TINGGI - Kerajaan negeri mengalu-alukan golongan dan persatuan belia untuk memberi cadangan...

Rombongan Cik Kiah Kembali...

Buat penggemar telefilem era 90-an, sudah tentu masih ingat akan gelagat Cik Kiah...

Lelaki Asing Ditemui Mati...

MELAKA - Seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh ditemui mati di kaki lima Rumah...

Akui Lantik Mahathir, Anwar...

KUALA LUMPUR – DAP menegaskan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu...

APMM Kota Kinabalu Tahan Bot Nelayan Guna Bahan Terlarang

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu menahan sebuah bot nelayan tempatan berdekatan Pulau Gaya di sini, kerana dipercayai menangkap ikan menggunakan bahan terlarang, malam tadi.

Ketua Penguatkuasa Maritim Kota Kinabalu, Kapten Maritim Zin Azman Md Yunus berkata bot peronda APMM mengesan bot nelayan itu dalam keadaan bergelap pada 8.10 malam.

“Ketika bot itu ditahan, seorang daripada awak-awaknya cuba melupuskan bahan bukti yang disyaki bahan terlarang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zin Azman berkata hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan mempunyai kira-kira 1,000 kilogram ikan pelbagai jenis.


Katanya, enam awak-awak berumur 14 hingga 58 tahun ditahan dengan empat daripadanya tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

Menurutnya, hasil soal siasat mendapati kesemua awak-awak menggunakan kaedah meracun dan menggunakan bahan letupan untuk menangkap ikan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 26(1)(c) Akta Perikanan 1985 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori