Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Kekalkan Pengharaman Buku,...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan keputusan Kementerian Dalam Negeri...

Ada Penipuan Pengambilan Staf...

KUALA LUMPUR – Malindo Air mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan skim...

Mahkamah Putus Penghakiman Ingkar...

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 15 Dis ini untuk keputusan...

Varian Baru Menular Akibat...

DARI FB NAJIB RAZAKSEMALAM: KKM kenal pasti 17 kes mutasi Covid Afrika Selatan.HARI...

Argentina Keluar Waran Tangkap Bieber

BUENOS AIRES – Mahkamah Argentina mengeluarkan arahan tangkap terhadap Justin Bieber jika dia datang ke negara ini selepas gagal menjawab dakwaan berkenaan serangan yang dilakukannya di sebuah kelab malam di sini pada tahun 2013.

Seorang jurugambar tempatan, Diego Pesoa mendakwa, Bieber dan seorang pengawal peribadinya telah mengherdiknya ketika dia cuba merakam gambar penyanyi tersebut yang sedang beredar dari kelab di Palermo Hollywood.

Laman web farandulaShow menyiarkan salinan perintah mahkamah dan disahkan oleh setiausaha mahkamah, Soledad Nieto yang turut menandatangani surat tersebut.

“Perintah tangkapan terhadap pesalah adalah wajar dilakukan dengan segera,” ujar Hakim Alberto Julio Banos dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu lepas.


Pihak mahkamah juga memerintahkan supaya pengawal peribadi Bieber yang terbabit turut ditahan.

Pada November lepas, seorang hakim majistret tempatan memerintahkan Bieber supaya disoal siasat dalam tempoh dua bulan berkaitan kejadian sama selain meminta bantuan interpol untuk mencari pemuda berusia 21 tahun itu.

Dalam pada itu, portal berita MailOnline melaporkan, Bieber kini berada di California, Amerika Syarikat untuk menghadiri Festival Seni dan Muzik Lembah Coachella 2015. – Reuters

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori